Rabu, 26 Disember 2012

Preview: MU vs Newcastle United (BPL)


Selepas gagal mencatatkan kemenangan ketika bertemu dengan Swansea City pada hujung minggu lepas, MU pastinya ingin kembali mendapatkan tiga mata penuh apabila melayan kunjungan Newcastle United (NU) di OT malam nanti.



Sepertimana yang dikatakan oleh SAF sebelum ini, MU akan sentiasa melakukan rombakan terhadap kesebelasan utama bagi mengharungi jadual perlawanan yang padat semasa musim perayaan ini. Jadi, SAF akan membuat sedikit perubahan pemain dengan merehatkan beberapa pemain dan kembali menyenaraikan pemain lain dalam kesebelasan utama MU.

Rooney dijangkakan diketepikan dalam pertemuan dengan NU selepas SAF dikatakan tidak berpuas hati dengan persembahannya baru-baru ini. Jadi, Welbeck berkemungkinan besar akan bermula dari kesebelasan utama di samping RVP di bahagian serangan MU. Selain Rooney, Valencia juga akan diletakkan di bangku simpanan kerana masih lagi beraksi di bawah tahap sepatutnya,

Dengan mengekalkan formasi 4-4-2, pertukaran pemain adalah secara terus. Ferdinand, Smalling dan Rafael akan dipanggil semula untuk mengisi slot masing-masing. Fletcher yang agak lama tidak beraksi akan diturunkan untuk berpasangan dengan Carrick di bahagian tengah dan ini akan menolak Cleverly untuk beraksi di sebelah kanan.

Pada aku, Giggs dan Scholes sudah tidak sesuai untuk diturunkan dalam kesebelasan utama. Walaubagaimanapun, khidmat dua pemain senior itu amat diperlukan sebagai pemain gantian jika MU terpaksa melakukan sedikit perubahan dari segi percaturan strategi, sepertimana yang telah dilakukan oleh SAF pada hujung minggu lepas.

Tatkala NU masih tercari-cari prestasi baik yang ditunjukkan pada awal musim, MU seharusnya menggunakan peluang beraksi di halaman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh. Ini adalah kerana MU kebiasaannya akan memperoleh mata yang maksima semasa musim perayaan berbanding pasukan lain.

RVP yang tidak menjaringkan gol ketika bertemu SC pastinya akan berusaha untuk mencatatkan namanya selaku penjaring gol buat MU. SAF sendiri telah menghamburkan pujian kepada RVP kerana kehadirannya di MU memberikan kelebihan buat MU yang kini menerajui carta BPL walaupun tidak menunjukkan persembahan yang baik secara konsisten.

Yang penting, MU perlu menyempurnakan segala peluang yang dicipta untuk menghasilkan gol bagi memastikan MU tidak terlepas tiga mata penuh lagi, sekaligus akan memberikan ruang kepada Man City dan kelab lain merapatkan kedudukan dengan MU.


Kesebelasan utama MU:



Jangkaan perlawanan dan keputusan:

MU tampak ingin melupakan kekecewaan hujung minggu lepas dengan menjadikan NU sebagai mangsa di OT. Semua pemain tampak bersemangat untuk memberikan kemenangan kepada MU. Aku yakin MU mampu untuk menewaskan NU dengan keputusan 4-1 di mana RVP akan meledakkan hatrik manakala Young menyumbangkan satu lagi gol.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan