Khamis, 5 Januari 2017

Menang tak ke mana pun


MU berjaya menunjukkan peningkatan apabila mencatatkan kemenangan ke-6 berturut-turut dalam BPL.

Kemenangan 2-0 yang dikecapi oleh MU ke atas West Ham United dalam perlawanan BPL hujung minggu lepas membolehkan MU merapatkan jurang dengan lima pasukan teratas dalam carta BPL. Kini, MU berjaya mengumpulkan 39 mata dan kita dapat lihat, kedudukan 6 pasukan teratas hanya dipisahkan oleh 10 mata sahaja.

Walaupun tiada perubahan dari segi kedudukan dalam liga, dengan 6 kemenangan yang dicapai oleh MU selain kelab lain yang gagal mengutip mata kemenangan memberikan peluang kepada MU untuk terus menghampiri slot ke UCL musim hadapan.

Kekalahan 0-2 Chelsea kepada Tottenham Hotspurs menamatkan rentetan 13 kemenangan Chelsea sekaligus membuka kembali saingan perebutan kejuaraan BPL musim ini. Dengan beberapa pasukan termasuk MU akan kehilangan beberapa tonggak pemain afrika yang menyertai skuad negara masing-masing untuk kejohanan Piala Juara-Juara Afrika selama sebulan, pastinya akan menjadi cabaran yang getir buat setiap kelab untuk menghadapi perlawanan seterusnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan