Jumaat, 26 Ogos 2016

Heran bin ajaib


Syiok bila dapat layan balik wrestling pada tahun ni.

Sejak 3 4 bulan ni, aku dah dapat tengok gusti selepas dah banyak tahun duk tinggai. Awai tu, duk tengok kut astro ja, ikut mana dan la, tengok la la tu atau rekod dulu tengok kemudian. Tapi bila duk guna rekoder tu, asyik duk clash dengan cerita yang anak dan bini aku duk rekod. Alih-alih, menyusahkan aku balik nak layan gusti.

Mujoq la dengan adanya internet, gusti ni boleh duk download. Bukan takat Pay Per View (PPV) yang depa duk buat tiap-tiap bulan, tapi rancangan mingguan pun duk ada. Aku pun apa lagi, tibai download la. Selasa petang layan Raw dan Rabu Petang layan Smackdown. Tapi bukan duk tengok straight 2 3 jam tu, aku fast foward la takmau nak layan sangat depa duk berlakon guling-guling. Aku lebih nak tau jalan cerita dia saja heheh.

Okla jugak bila WWE dah pecah buat dua rancangan. Kurang-kurang boleh la ramai skit kluaq bergusti. Kalau pakai duk gabung, pakai takdak peluang la kat orang len nak kluaq gusti sebab hat star-star ja duk berlawan.

Yang aku pelik, awat tah orang-orang yang duk pi tengok tu tak suka Roman Reigns kat Raw dan John Cena kat Smackdown. Bila depa dua lawan dengan sapa-sapa pun, sahih ada yang duk boo. Mungkin aku jugak kot terlepas bas taktau pala ekoq tapi pelik jugak la sebab depa dua ni boleh dikategorikan sebagai penggusti yang bagus.

Apapun jalan cerita depa dan bagaimana orang duk sorak, aku ternyata hepi sebab boleh duk layan gusti semula yang mana gusti ni memang jadi feveret aku sejak dari tak masuk sekolah rendah lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan