Blind, Mata, Fellaini dan Valencia berjaya memperoleh manfaat sejak kehadiran JM sebagai pengurus MU.
Blind meneruskan kebijaksanaannya beraksi di pertahanan tengah MU sepertimana yang dilakukannya ketika LVG menjadi pengurus MU. Walaupun pada hakikatnya, Blind bukanlah pemain pertahanan semulajadi, namun Blind dapat beraksi dengan baik kerana bijak membaca permainan pihak lawan dan memposisikan dirinya di kawasan sendiri ketika bertahan. Ini membolehkan Bailly bergerak lebih ke hadapan dan melakukan terjahan atau bentesan secara 'direct' ke atas pemain lawan tatkala Blind akan menjaga ruang yang ditinggalkan oleh Bailly. Di samping itu, Blind mempunyai ketenangan dan kesefahamannya dengan Bailly mungkin akan menyukarkan Smalling untuk ditempatkan dalam kesebelasan utama MU.
Sepertimana Blind, Mata menunjukkan kesungguhannya terutamanya ketika memmenjalankan tugas defensif. Sebelum ini ketika di Chelsea, JM dikatakan menjual Mata ke MU kerana Mata tidak beruapaya ketika situasi defensif dan hanya memberikan impak ketika menyerang. Namun, kini Mata lebih berdisiplin dalam permainan dan bersedia untuk turun ke bawah bagi membantu pertahanan. JM ternyata mahupun bahagian serangan lebih kompak di kawasan tengah dan membiarkan kawasan tepi diisikan oleh larian sokongan daripada fullback.
Ketinggian yang dimiliki oleh Fellaini mungkin menjadi salah satu faktor terpilihnya Fellaini dalam kesebelasan utama MU. Walaubagaimanapun, Fellaini tampak membalas kepercayaan JM apabila menunjukkan persembahan yang cukup mantap di bahagian tengah MU. Fellaini kerap menghalang pergerakan pasukan lawan menerusi bentesen yang berkesan serta cukup disiplin menjaga posisinya agak tidak bergerak lebih dari garisan tengah padang. Kesanggupan Fellaini ini membolehkan pasangan tengahnya seperti Pogba boleh bergerak ke atas tanpa perlu risau bahagian tengah MU akan diatasi oleh pasukan lawan.
Valencia tampaknya telah ditukar sepenuhnya menjadi fullback dengan jayanya. Kecergasan yang dimiliki selain larian derasnya membolehkan Valencia beraksi cemerlang di posisi fullback. Di samping itu, Valencia juga menunjukkan kemahiran bertahan dengan baik apabila bijak mengenalpasti masa yang sesuai untuk melakukan halangan dan memintas larian pemain lawan. Serangan MU kebelakangan ini banyak berpunca daripada hantaran silang Valencia dan jika Valencia mampu untuk mengekalkan kecemerlangannya, tidak mustahil MU mampu untuk meledakkan lebih banyak gol.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan