Khamis, 1 September 2016

Menuju ke derby match


Perlawanan keempat PL akan berlangsungnya perlawanan setempat antara MU dan Man City pada hujung minggu hadapan.

MU berkemungkinan akan kehilangan khidmat Fellaini akibat kecederaan belakang badan. Agak mengecewakan apabila Fellani tidak dapat bermain selepas berjaya menunjukkan aksi yang cukup cemerlang dalam tiga perlawanan PL terdahulu. Kini, JM perlu mengenalpasti pemain yang sesuai untuk menjadi pasangan Pogba di bahagian tengah MU. Mungkin ketiadaan Fellaini akan membuka peluang kepada Schneiderlin untuk menampilkan kemampuannya memandangkan pada musim ini, Schneiderlin masih belum diturunkan dalam kesebelasan utama MU.

Man City pula mungkin tidak dapat menurunkan Sergio Aguero yang akan dikenakan tindakan disiplin oleh FA gara-gara insiden menyiku pemain West Ham United dalam perlawanan baru-baru ini. Aguero menunjukkan peningkatan yang agak ketara musim ini apabila menjadi peledak utama Man City di bawah kendalian Guardiola. Satu ketiadaan yang amat dirasai oleh Man City apabila bertemu dengan MU nanti tatkala kedua-dua pasukan telah berjaya mengutip mata maksima dari tiga perlawanan PL yang dihadapi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan