Ulasan untuk beberapa perlawanan PL untuk Matchday#1
Everton sekadar seri 1-1 dengan Tottenham Hotspurs di mana pengurus baru Everton, Ronald Koeman menerapkan formasi 3-4-3 berjaya mengimbangi permainan Tottenham Hotspurs.
Pendatang baru PL musim ini, Middlesbrough berjaya memperoleh mata pertama mereka apabila seri 1-1 dengan Stoke City. Middlesbrough kembali ke PL selepas tujuh tahun tidak beraksi dalam PL.
MU memulakan musim baru di bawah kendalian Mourinho dengan langkah kanan apabila mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Bournemouth. Walaupun Bournemouth cuba memberikan tentangan, namun keupayaan bahagian penyerang MU iaitu nombor 8, 9 dan 10 menjadi kelebihan buat MU.
Kerapuhan ketara di bahagian pertahanan Arsenal membolehkan Liverpool menjadi pasukan pertama sejak tahun 2009 meledakkan empat gol di Stadium Emirates. Arsenal cuba bangkit selepas ketinggalan 4-1 tetapi gagal mendapatkan gol penyamaan yang diharapkan apabila tewas 3-4.
Chelsea memerlukan gol daripada Diego Costa di penghujung perlawanan untuk menewaskan seteru London, West Ham United bagi memperoleh kemenangan 2-1.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan