Rabu, 6 Ogos 2014

Takat lani, depa ni kot nampak nak blah


Sepertimana yang diketahui, setakat ini MU hanya mendapatkan dua pemain baru sahaja iaitu Ander Herrera dan Luke Shaw. LVG dikatakan akan memberikan peluang kepada pemain MU sedia ada bagi membuktikan keupayaan masing-masing sebelum cuba mendapatkan beberapa pemain baru.

Walaubagaimanapun, nasib enam pemain iaitu Chicharito, Nani, Anderson, Fellaini, Kagawa dan Zaha tidak begitu menceriakan. Mereka diberitakan tidak sesuai dengan corak permainan yang cuba diterapkan oleh LVG ke dalam skuad utama MU musim yang baru ini.


Chicharito


Tidak bernasib baik kerana terpaksa bersaing denga  Rooney dan RVP. Jika dibandingkan dengan Rooney dan RVP, corak permainan Chicharito adalah terlalu 'direct' dan tidak memiliki banyak kreativiti dalam membuka permainan MU. Kebangkitan yang ditunjukkan oleh Welbeck sedikit sebanyak akan menutup lagi peluang Chicharito untuk beraksi dalam kesebelasan utama. Chicharito kini sedang diintai oleh Inter Milan dan Atletico Madrid.


Nani

 

Gagal untuk memenuhi potensinya menjadi pemain sayap berkaliber. Masalah kecederaan turut menjadi penghalang kepada Nani untuk mengembangkan bakatnya. Tidak seperti Valencia dan terbaru iaitu Young, corak permainan Nani lebih terarah kepada serangan dan tidak begitu berkesan ketika bertahan. Selain itu, formasi yang digunakan oleh LVG tidak memerlukan pemain sayap klasik dan ini mengakibatkan Nani tidak dapat untuk diturunkan dalam kesebelasan utama MU. Juventus dikhabarkan berminat untuk mendapatkan Nani dan mungkin MU boleh menggunakan Nani sebagai sebahagian pakej untuk mendapatkan Vidal.


Anderson


Sepertimana Nani, Anderson turut gagal menyinar. Prestasinya terumbang-ambing selepas pulih daripada kecederaan teruk. Bukan sahaja ketika di bawah LVG, malah Anderson telah gagal menempatkan dirinya dalam pelan SAF untuk beraksi sebagai kesebelasan utama MU. Jadi, jalan terbaik adalah Anderson berhijrah ke kelab lain.


Kagawa


Tidak dapat dinafikan bahawa Kagawa merupakan pemain yang bagus. Walaubagaimanapun, di bawah formasi 3-5-2, MU dilihat lebih cenderung untuk menggunakan Mata beraksi di posisi nombor 10 berbanding Kagawa. Jika terus kekal di MU, Kagawa akan berfungsi sebagai 'back-up' kepada Mata. Atletico Madrid menyatakan hasrat untuk mendapatkan Kagawa ketika ini. MU mungkin boleh membuat pertukaran pemain dengan Borussia Dortmund di mana MU memperoleh Mats Hummel manakala Kagawa kembali ke Borussia Dortmund.


Fellaini


Seharusnya beraksi sebagai pemain tengah defensif tetapi tidak begitu berkesan. Untuk beraksi di bahagian hadapan, kemampuan Fellaini tidaklah begitu baik berbanding Rooney dan RVP. LVG memerlukan para pemainnya bergerak pantas dan kurang mengawal bola terlalu lama dan ini bukanlah ciri yang ada pada Fellaini. Napoli berminat untuk mendapatkan Fellaini secara pinjaman tetapi adalah lebih baik MU menjualnya walaupun pada separuh harga yang telah dibayar oleh MU kepada Everton.


Zaha


Zaha adalah sepertimana Nani iaitu seorang pemain sayap klasik yang tidak begitu digemari oleh LVG. Walaubagaimanapun, aku merasakan nasib Zaha amat tidak baik kerana boleh dikatakn Zaha tidak berpeluang langsung untuk membuktikan kemampuannya dalam skuad utama MU. Jika Zaha ingin kekal di MU, Zaha perlu membuatkan dirinya mampu untuk beraksi di posisi lain seperti penyerang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan