Rabu, 20 Ogos 2014

BPL #01 review: MU vs Swansea City


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 1
Rooney 53'

SWANSEA CITY 2
Ki 28'
Sigurdsson 72'



Pemain terbaik perlawanan (pilihan MBD):

Lukasz Fabianski


Kesebelasan utama MU:


Pertukaran pemain:

Januzaj >> Lingard
Nani >> Chicharito
Fellaini >> Herrera


Ulasan perlawanan:

MU tumpas buat pertama kalinya dalam perlawanan pembukaan BPL dalam tempoh lebih 40 tahun apabila mengalami kekalahan 1-2 di halaman sendiri di tangan Swansea City (SC).

Sepertimana yang telah dilakukan dalam beberapa siri perlawanan pra-musim, LVG menggunapakai formasi 3-5-2 dalam perlawanan sulungnya selaku pengurus baru MU. Walaubagaimanapun, ketiadaan beberapa pemain utama sama ada atas sebab direhatkan atau mengalami kecederaan menyebabkan LVG melakukan beberapa perubahan terutamanya di bahagian pertahanan.

Blackett dan Lingard telah diberikan peluang untuk membuat penampilan sulung mereka dalam BPL. Oleh kerana ketiadaan pemain lain yang boleh beraksi di posisi 'wingback' kanan, maka LVG memberikan kepercayaan kepada Lingard. Namun begitu, Lingard hanya beraksi buat sementara waktu di posisi 'wingback' kanan kerana terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan dengan Januzaj.

Akibatnya, MU mengalami sedikit masalah di bahagian pertahanan. Mujur kecemerlangan Jones menidakkan peluang SC untuk merobek benteng pertahnana MU di sebelah kanan. Tetapi, gandingan Blackett dan Young di sebelah kiri agak rapuh. Young tidaklah begitu berkesan dalam menangani serangan SC manakala Blackett lebih gemar melakukan hantaran jarak jauh yang tidak begitu tepat kepada rakan sepasukan.

Selain itu, persembahan Fletcher di bahagian tengah tidak begitu memberangsangkan apabila kerap hilang kawalan ke atas pemain tengah SC yang menyebabkan Ki dan Sigurdsson menjadi penyumbang gol buat SC yang menumpaskan MU di OT.

Permainan yang penuh disiplin ditunjukkan oleh para pemain SC amat menyukarkan MU untuk membuat hantaran akhir sekaligus kurangnya serangan yang begitu mengancam. Mata dan Rooney terpaksa bekerja keras untuk membuka permainan MU dan tidak banyak dibantu oleh Chicharito yang sudah diketahui kurang kemahiran dalam menjana permainan.

Kedua-dua gol SC dihasilkan menerusi hantaran silang dari sebelah tepi yang dijaringkan oleh dua pemain tengah. Ini menunjukkan MU mengalami kelemahan ketara di bahagian tepi dan tengah seterusnya memberikan ruang untuk dieksploitasikan oleh pasukan lawan.

Jadi, LVG dan MU perlu mengambil tindakan pembetulan segera bagi memperbaiki kelemahan dan ini dapat dilakukan dengan MU mendapatkan sekurang-kurangnya dua pemain baru yang berkaliber. Jika, MU gagal berbuat demikian, episod duka musim lepas akan berulang lagi pada musim yang baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan