Selasa, 5 Ogos 2014

Juara pi la hat ni pun


MU meraikan kejayaan sulung di bawah kendalian LVG apabila menjuarai International Champions Cup (ICC) selepas menumpaskan seteru utama BPL iaitu Liverpool menerusi kemenangan 3-1.

Pastinya, semangat para pemain MU dapat ditingkatkan dengan kejuaraan yang dimenangi selain menjadi titik tolak buat MU bagi kembali menunjukkan prestasi yang memberangsangkan selepas mengalami episod kekecewaan pada musim lepas.

Champions: Darren Fletcher and Rooney lift the International Champions Cup trophy

Dalam pertandingan ICC ini, MU telah diletakkan dalam Kumpulan A bersama AS Roma, Inter Milan dan Real Madrid manakala Kumpulan B terdiri daripada Liverpool, Olympiacos, Manchester City dan AC Milan. Juara dari dua kumpulan tersebut akan beraksi dalam perlawanan akhir bagi penentuan juara.

MU berjaya menunjukkan permainan yang cukup mantap apabila memenangi tiga perlawanan di peringkat kumpulan.  MU telah menumpaskan AS Roma dalam perlawanan pertama dengan keputusan 3-2. Rooney menjaringkan dua gol sementara satu gol lagi disumbangkan oleh Mata.

Perlawanan kedua menyaksikan MU sekadar seri 0-0 dengan Inter Milan dalam 90 minit perlawanan. Walaubagaimanapun, syarat pertandingan menyatakan setiap perlawanan harus mempunyai pemenang dan penentuan sepakan penalti dijalankan antara MU dan Inter Milan. MU berjaya mengecewakan Inter Milan dengan meledakkan kelima-lima sepakan penalti manakala Inter Milan hanya mampu menyempurnakan tiga sepakan penalti sahaja.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan, MU telah bertemu dengan Juara Eropah, Real Madrid dalam perlawanan yang disaksikan lebih 100 ribu peminat bola sepak yang merupakan satu rekod penonton terbanyak di USA. MU telah mengejutkan Real Madrid dengan memperoleh kemenangan bergaya 3-1 di mana Young menyumbangkan dua gol manakala Chicharito menjaringkan satu lagi gol.

Dalam perlawanan penentuan kejuaraan, MU menentang Liverpool yang telah mengungguli Kumpulan B. Liverpool memperoleh gol awal menerusi sepakan penalti yang disempurnakan dengan baik oleh Gerrard. Perlawanan berkesudahan 1-0 pada separuh masa pertama dengan kelebihan berpihak kepada Liverpool.

Walaubagaimanapun, MU berjaya bangkit dalam separuh masa kedua dengan menjaringkan tiga gol. Dua gol MU diperoleh dalam tempoh dua minit apabila Rooney bijak menyambut hantaran silang Chicharito untuk menolak masuk bola dalam sudut sukar manakala Mata melepaskan rembatan deras menewaskan penjaga gol Liverpool.

Gol ketiga MU dijaringkan oleh Lingard menerusi sepakan deras ketika perlawanan berbaki kurang dari 10 minit. Rooney ditabalkan sebagai pemain terbaik kejohanan kerana menunjukkan persembahan yang cukup konsisten dalam setiap perlawanan. 

Di bawah kendalian LVG, para pemain MU tampak selesa dengan posisi masing-masing dan sekaligus berupaya memberikan persembahan terbaik setiap kali diberikan peluang untuk beraksi di atas padang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan