Selasa, 24 Jun 2014

Ulasan Piala Dunia - Kumpulan E dan F


Perancis ternyata akan menjadi juara kumpulan E, walaupun apa jua keputusan yang dicatatkan dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang Ecuador. Ini adalah kerana Perancis memiliki perbezaan gol yang banyak, sukar untuk disaingi oleh pasukan lain.

Ecuador perlu menewaskan Perancis sekiranya ingin mengiringi juara Piala Dunia 1998 itu ke pusingan kalah mati. Ecuador berpeluang untuk memperoleh kemenangan jika Perancis mengambil pendekatan selamat dengan menurunkan barisan pemain simpanan dalam perlawanan nanti.

Switzerland pula mengharapkan Ecuador tidak mengutip tiga mata penuh dan dalam masa yang sama mesti mendapatkan kemenangan ke atas Honduras bagi melayakkan diri beraksi di pusingan seterusnya. Switzerland dilihat mempunyai peluang yang lebih cerah berbanding Ecuador memandangkan Switzerland hanya akan bertemu Honduras yang telahpun tersingkir dari saingan Piala Dunia ini.

Dalam kumpulan F pula, Argentina dilihat akan menjadi juara kumpulan sekiranya berjaya mengelakkan Nigeria dari mencatatkan kemenangan ke atas mereka dalam perlawanan terakhir kumpulan. Nigeria pula hanya memerlukan satu mata lagi untuk mengesahkan slot ke pusingan seterusnya.

Iran pula semestinya memperoleh kemenangan ke atas Bosnia Herzegovina di samping mengharapkan ehsan Argentina untuk menumpaskan Nigeria bagi membuat sejarah layak ke pusingan kalah mati. Bosnia Herzegovina akan beraksi bagi melengkapkan jadual perlawanan selepas tewas dalam dua perlawanan terdahulu.

Walaubagaimanapun, Argentina dan Nigeria tampak menjadi pilihan untuk mewakili kumpulan F bagi beraksi dalam pusingan seterusnya. Dalam pusingan kalah mati nanti, Argentina dijangkakan akan bertemu dengan Switzerland manakala Nigeria akan bertemu dengan juara kumpulan E iaitu Perancis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan