Saingan kumpulan A tampak masih lagi terbuka buat tiga pasukan iaitu tuan rumah, Brazil, Mexico dan Croatia. Walaubagaimanapun, Brazil lebih berpeluang cerah untuk menjadi juara kumpulan memandangkan untuk perlawanan terakhir kumpulan, Brazil hanya akan bertemu dengan Cameroon yang sudahpun tersingkir.
Berlainan episod pula buat Mexico dan Croatia di mana salah satu daripada dua pasukan tersebut yang mencatatkan kemenangan akan layak ke pusingan seterusnya. Croatia dilihat memiliki sedikit kelebihan berbanding Mexico kerana dibarisi pemain yang berpengalaman dan berkemahiran selain barisan serangan yang cukup berbisa. Jika dinilai dengan teliti, Croatia mampu untuk membuat kejutan terhadap Brazil dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia kali ini.
Kumpulan B sudahpun diketahui dua wakilnya yang akan beraksi di pusingan kalah mati iaitu Belanda dan Chile. Walaupun kumpulan B turut disertai oleh Sepanyol dan Australia, Belanda dan Chile membuktikan kemampuan pasukan masing-masing apabila mudah menumpaskan juara bertahan, Sepanyol.
Belanda dan Chile akan bertemu di perlawanan terakhir kumpulan dan pastinya kedua-dua pasukan akan menggunakan pendekatan yang selamat bagi memastikan pemain tidak akan mengalami sebarang kecederaan. Berdasarkan prestasi semasa, Belanda tampaknya akan menjadi juara kumpulan B dan akan diiringi oleh Chile di tangga kedua.
Di pusingan kalah mati, Belanda akan bertemu dengan Croatia manakala Chile akan menentang Brazil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan