Keputusan perlawanan:
MANCHESTER UNITED 0
NEWCASTLE UNITED 1
Cabaye 61'
Pemain terbaik perlawanan:
FABRICIO COLOCCINI
Kesebelasan utama MU:
Pertukaran pemain:
Anderson >> Cleverley
Valencia >> Rafael
Zaha >> Nani
Ulasan perlawanan:
Episod kekecewaan MU nampaknya berterusan apabila sekali lagi tumpas 0-1 di halaman sendiri, kali ini di tangan Newcastle United (NU). Gol Cabaye menjadi pemisah antara MU dan NU dan sekaligus memberikan kehampaan buat peminat MU yang sememangnya mengharapkan MU dapat menembuskan kehampaan atas kekalahan kepada Everton.
Oleh kerana Rooney tidak dapat diturunkan akibat digantung selepas menerima layanan lima kad kuning, DM terpaksa mengambil risiko untuk menurunkan RVP untuk berpasangan dengan Hernandez. Ternyata keputusan tersebut tidak memberikan hasil yang cukup positif buat MU apabila RVP tampak tidak cergas sepenuhnya seterusnya gagal memainkan peranan yang berkesan dalam menggerakkan serangan MU.
DM juga membuat rombakan di bahagian tengah MU apabila Nani, Januzaj, Cleverley dan Jones mengambil tempat masing-masing. Tetapi, keempat-empat mereka gagal menunjukkan kreativiti dan menyebabkan RVP dan Hernandez agak terpulau di kawasan atas. Selain itu, pendekatan defensif yang diterapkan oleh NU turut menambahkan kesukaran MU untuk benar-benar mengancam NU.
Bahagian pertahanan MU menampakkan kelemahan sekali lagi apabila melepaskan gol mudah. Kesilapan mudah Evra mengakibatkan NU mengambil peluang tersebut untuk melancarkan satu serangan pantas. Akibat kekalutan tersebut, bahagian pertahanan MU yang dibarisi oleh Vidic dan Evans gagal menghidu larian Cabaye yang kemudiannya mudah merembat melepasi jangkauan DDG untuk gol tunggal perlawanan.
DM cuba membuat pertukaran positif dengan memasukkan pemain-pemain yang cenderung kepada mneyerang tetapi gagal memperoleh hasil yang memberangsangkan. MU kelihatan buntu dalam mengatasi kekentalan benteng pertahanan NU yang dikepalai oleh Coloccini.
Dua kekalahan berturut-turut di OT benar-benar menambahkan kelukaan buat MU apabila semakin jauh ketinggalan dengan kelompok atas carta BPL. Pemain-pemain MU perlu mendapatkan semula semangat dan kesungguhan bagi mempamerkan prestasi sebenar MU manakala DM pula seharusnya memperbaiki segala kelemahan MU dengan kadar segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan