Keputusan perlawanan:
MANCHESTER UNITED 0
EVERTON 1
Oviedo 86'
Pemain terbaik perlawanan:
ROMELU LUKAKU
Kesebelasan utama MU:
Pertukaran pemain:
Nani >>Kagawa
Januzaj >> Rafael
Hernandez >> Welbeck
Ulasan perlawanan:
Rekod tanpa kalah MU dalam 12 perlawanan sebelum ini bagi semua kejohanan akhirnya dileburkan oleh Everton yang berjaya mengecewakan MU di OT dengan mencatatkan kemenangan 1-0. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Oviedo pada minit ke-86 itu memberikan kemenangan pertama buat Everton di OT sejak dari tahun 1992.
Untuk menghadapi Everton awal pagi tadi, DM terpaksa membuat pertukaran pemain dalam kesebelasan utama MU dengan mempertaruhkan gandingan Fellaini dan Giggs di tengah manakala tiada sebarang perubahan ketara di posisi serangan. Di bahagian pertahanan pula, Smalling diberikan peluang berpasangan dengan Vidic di pertahanan tengah manakala Rafael kembali mengisi tempatnya di pertahanan kanan dan Evra seperti biasa di pertahanan kiri. DDG meneruskan tugasnya selaku penjaga gol utama MU.
Di bawah kendalian Roberto Martinez, Everton mempaerkan corak permainan yang cukup menarik di mana lebih terbuka dan menekankan aspek penguasaan bola. Ini sekaligus memberikan kesukaran buat MU untuk menguasai kawasan tengah padang memandangkan MU hanya bergantung kepada Giggs seorang untuk membuka permainan manakala Fellaini tidak banyak membantu.
MU berjaya mencipta beberapa peluang keemasan untuk mendapatkan gol tetapi kecekapan Howard mengawasi pintu gol Everton dan tidak bernasib baik menjadi punca MU tidak mampu untuk menjaringkan gol. Percubaan Rooney hanya mampu terkena tiang gol, tandukan tersasar Giggs dan rembatan jarak jauh Januzaj merupakan antara percubaan yang diciptakan oleh MU.
Everton pula lebih cenderung untuk melancarkan serangan balas pantas. Namun, kecekapan DDG menidakkan Everton memperoleh gol sehinggalah berlakunya kekalutan dalam kotak penalti MU dan kegagalan Valencia untuk menghidu larian Oviedo membolehkan Everton menjaringkan gol kemenangan menerusi rembatan leret Oviedo.
MU cuba untuk bangkit untuk sekurang-kurangnya mencari keputusan seri, gagal mengatasi kekentalan pertahanan Everton selain kesuntukan masa. Persembahan yang agak teruk dari sebilangan pemain MU turut menjadi punca atas ketidakberkesanan MU dalam melancarkan serangan yang cukup berbisa.
Kekalahan awal pagi tadi menyebabkan MU kini ketinggalan 12 mata di belakang Arsenal yang semakin mengorak jauh memperkemaskan kedudukannya selaku penghuni tahkta BPL. Jika prestasi sebegini terus ditunjukkan oleh MU, MU bukan sahaja tidak mampu untuk mempertahankan kejuaraan BPL malah mungkin tidak berupaya untuk berada di kelompok empat pasukan terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan