Selasa, 17 Disember 2013

Review: MU vs Aston Villa (BPL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 3
Welbeck 15', 18'
Cleverley 52'

ASTON VILLA 0



Pemain terbaik perlawanan:

DANNY WELBECK


Kesebelasan utama MU:


Pertukaran pemain:

Young >> Januzaj
Fletcher >> Giggs
Zaha >> Rooney


Ulasan perlawanan:

Welbeck membalas kepercayaan DM yang memberikannya peluang mengepalai serangan MU menentang Aston Villa (AV) dengan membantu mencatatkan kemenangan 3-0 di mana Welbeck menyumbangkan dua gol dalam tempoh tiga minit pada separuh masa pertama.

Oleh kerana kecederaan yang menimpa RVP dan Hernandez, Welbeck mengambil tempat di bahagian serangan dengan Rooney bertindak sedikit ke belakang. Rooney mencuri tumpuan sepanjang berada di atas padang dengan menunjukkan kebolehan membuat hantaran-hantaran tepat kepada rakan dari jauh selain memainkan peranan cukup berkesan menggerakkan serangan MU.

Cleverley harus diberikan pujian apabila beraksi dengan baik bersama Giggs di bahagian tengah MU. Selain memberikan tekanan kepada bahagian tengah AV, Cleverley juga menampakkan kerajinan dalam membantu serangan. Hasilnya, Cleverley berjaya menjaringkan gol ketiga MU selepas bijak membuat larian pantas bagi menyambut lorongan Rooney sebelum mudah merembat bola ke dalam gawang melepasi penjaga gol AV.

Jones benar-benar berkesan beraksi di bahagian pertahanan. Jones mempamerkan kesefahaman yang baik dengan Evans sekaligus berjaya merantai ayam tambatan AV, Benteke dan ini memaksa AV hanya membuat percubaan jarak jauh yang tidak banyak menggugat DDG.

Dua gol Welbeck dihasilkan menerusi serangan sebelah kanan yang digerakkan oleh Valencia dan Rafael.  Valencia ternyata cukup selesa beraksi dengan Rafael dengan masing-masing seolah-olah memahami peranan masing-masing dalam mengucar-kacirkan pertahanan kiri AV.

Kembalinya Fletcher dalam skuad utama jelas memberikan kegembiraan buat MU. Kehadiran Fletcher walaupun hanya 20 minit, sudah cukup untuk membolehkan MU menguasai kawasan tengah padang dengan tenang dan menghadkan pergerakan bahagian tengah AV.

Tiga mata penuh yang dimenangi dari Villa Park serta kekalahan Arsenal kepada Man City membolehkan MU mengurangkan defisit mata. Walaupun MU sedang dihimpit masalah kecederaan di kalangan pemain utama, MU perlu memastikan tiada lagi mata yang keciciran bagi mencerahkan semula peluang untuk menyaingi pasukan teratas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan