Rabu, 6 November 2013

Review: MU vs Real Sociedad (UCL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 0

REAL SOCIEDAD 0



Pemain terbaik perlawanan:

CLAUDIO BRAVO


Kesebelasan utama MU:


Pertukaran pemain

Young >> Hernandez
v. Persie >> Rooney


Ulasan perlawanan:

MU terlepas peluang untuk membawa pulang tiga mata penuh dari Sepanyol apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 0-0 dengan Real Sociedad (RS) dalam perlawanan awal pagi tadi. Walaubagaimanapun, satu mata yang diperoleh cukup buat MU untuk terus kekal sebagai pendahulu kumpulan A memandangkan satu lagi perlawanan melibatkan kumpulan A iaitu pertemuan Bayer Leverkusen dengan Shakhtar Donetsk turut bersekesudahan dengan keputusan seri.

RVP seharusnya sekurang-kurangnya mendapatkan satu gol buat MU menerusi sepakan penaltinya tetapi tidak bernasib baik apabila bola tendangannya sekadar terkena tiang. Sebelum itu, percubaan jarak dekat RVP turut terkena tiang walaupun penjaga gol RS sudahpun tertewas.

Oleh kerana masalah kecederaan yang menimpa, DM terpaksa melakukan rombakan terhadap kesebelasan utama MU. Ferdinand dan Vidic dipanggil semula untuk bergandingan di pertahanan tengah manakala Smalling diberikan tugas di pertahanan kanan. Giggs pula berpasangan dengan Fellaini di bahagian tengah dan diapit oleh Valencia dan Kagawa. Rooney dan Hernandez mengetuai serangan MU.

Tanpa kelibat pemain yang agak kreatif, MU kelihatan agak sukar untuk menembusi pertahanan RS. Ini adalah kerana walaupun MU menggunakan formasi 4-4-2, Fellaini lebih banyak bergerak ke belakang sekaligus menjadikan formasi MU kepada 4-1-3-2.

Rooney dan Hernandez tidak memperoleh bantuan secukupnya daripada bahagian tengah mengakibatkan MU tidak dapat melancarkan serangan dengan berkesan. Hernandez tampak tertekan untuk memenangi cabaran bola tinggi manakala Rooney diekori dengan rapat oleh pemain RS. Seharusnya Kagawa menjadi penggerak MU tetapi gagal menunjukkan persembahan yang baik.

Kagawa sepatutnya mampu beraksi cemerlang di sebelah kiri memandangkan Kagawa bermain di posisi tersebut ketika bersama Jepun. Persembahan Fellaini seharusnya diberikan pujian kerana bijak melindungi pertahanan MU dan menyekat permainan RS walaupun tidak bernasib baik menerima layangan kad merah  gara-gara dua kad kuning.

Dengan keputusan seri awal pagi tadi, MU masih lagi belum tewas bagi lapan perlawanan dalam semua pertandingan. Momentum ini seharusnya diteruskan dan pertemuan dengan Arsenal Ahad ini akan memberikan ruang kepada MU untuk mencatatkan kemenangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan