Jumaat, 8 November 2013

Guna khidmat import lagi


Mitchel sah latih Kenari


Alor Setar: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) melantik bekas penyerang import Selangor, David Mitchel sebagai jurulatih baru Hijau Kuning menghadapi Liga M musim depan.

Turut dilantik Nidzam Adzha Yusof sebagai penolong jurulatih dan Ian Gillian sebagai jurulatih keceregasan.

Penolong pengurus Kedah Amirul Nizam Mahadzir berkata, tawaran sudah dihantar kepada kedua-dua jurulatih berasal dari England itu dan hanya menunggu jawapan mereka.

“David berada di Kedah sebelum ini dan melihat sendiri barisan pemain negeri beraksi ketika menentang pasukan Melayu Kedah pada perlawanan persahabatan di Padang Istana, Anaki Bukit dua minggu lalu.

“Pada masa ini barisan pemain sedia ada menjalani latihan di bawah kendalian Nidzam dan juga Datuk Ahmad Shafie dengan beberapa muka baru,” katanya.

Enam pemain lama digugurkanan adalah Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Syazuan Asyraf, Arman Fariz, Sabree Abu, Wan Hussain dan Anuar Saaidi.

“Lapan pemain baru diserapkan pula adalah Fauzi Shaaari, Helmi Eliza Elyas, Azmizi Azmi, Shafizan Hashim, Ridzuan Maun, Azizan Baba, Sunardi Ajlan dan Rizal Ghazali.

“Tiga pemain import akan ditentukan jurulatih baru,” katanya.




sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MitchelsahlatihKenari/Article/index_html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan