Keputusan perlawanan:
MANCHESTER UNITED 1
Rooney 87'
MANCHESTER CITY 4
Aguero 16', 47'
Toure 45+1'
Nasri 50'
Pemain terbaik perlawanan:
SERGIO AGUERO
Kesebelasan utama MU:
Pertukaran pemain:
Cleverley >> Young
Ulasan perlawanan:
MU ternyata tidak mampu untuk membendung kecemerlangan Manchester City (MC) selepas mengalami kekalahan besar 1-4 dalam perlawanan BPL yang berlangsung di Etihad Stadium. Pertahanan MU benar-benar longlai dalam menghadapi asakan bahagian serangan MC yang ditunjangi oleh gandingan Aguero dan Negredo.
Empat gol yang dilepaskan oleh MU boleh dikatakan gol mudah hasil daripada kesilapan-kesilapan ketara yang dilakukan oleh pertahanan MU. Bahagian kanan MU yang dibarisi oleh Smalling dan Valencia gagal mengekang persembahan mantap yang ditunjukkan oleh Nasri dan Kolarov yang acapkali berjaya menggerakkan serangan MC dari sebelah kiri.
Fellaini dan Carrick kelihatan terbiar di kawasan tengah padang akibat Valencia dan Young yang terlalu banyak bergerak ke tepi sekaligus memberikan ruang kepada bahagian tengah MC menerusi gandingan Fernandinho dan Toure mudah menguasai permainan. Fellaini yang sepatutnya menggalas tugas defensif kerap berada di luar posisi manakala Carrick gagal menunjukkan ketenangan seperti kebiasaannya.
Rooney menjadi satu-satunya pemain MU yang menampakkan kesungguhan sepanjang perlawanan berlangsung dan berjaya menjaringkan gol saguhati buat MU menerusi sepakan percuma yang menarik. Gol tersebut menjadikan Rooney sebagai pemegang rekod penjaring gol terbanyak bagi perlawanan setempat iaitu melibatkan MU dan MC.
Ketiadaan RVP turut dirasai apabila Welbeck yang pada mulanya menjadi penyerang tunggal MU gagal memberikan persembahan yang benar-benar memberangsangkan. Keadaan bertambah buruk buat MU apabila Young gagal memberikan bantuan secukupnya dalam menjana serangan. Maka, Rooney terpaksa memikul beban yang lebih di mana kemudiannya Rooney bertukar posisi dengan Welbeck bagi mengepalai serangan MU.
Namun begitu, bahagian pertahanan MU yang rapuh agak mudah diratah oleh MC. Selain itu, DM tidak berani mengambil risiko untuk memasukkan pemain yang cenderung ke arah penyerang seperti Kagawa dan Nani menambahkan kedukaan MU. Jadi, DM perlu mengenalpasti kelemahan MU dan memperbaiki persembahan MU agar bangkit semula selepas tewas dengan keputusan yang teruk. Pertemuan dengan Liverpool pertengahan minggu ini dalam saingan pusingan ketiga Capital One Cup perlu menjadi titik tolak buat MU untuk kembali mencatatkan kemenangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan