Selasa, 17 September 2013

Review: MU vs Crystal Palace (BPL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 2
van Persie 45+1'
Rooney 81'

CRYSTAL PALACE 0



Pemain terbaik perlawanan:

MICHAEL CARRICK


Kesebelasan utama MU:


Pertukaran pemain:

Fellaini >> Anderson
Januzaj >> Young


Ulasan perlawanan:

MU kembali mencatatkan rentak kemenangan apabila menewaskan pendatang baru BPL musim ini, Crystal Palace (CP) dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di OT. MU seharunya boleh memperoleh kemenangan yang lebih besar kerana CP hanya beraksi 10 orang pemain dalam separuh masa kedua.

Walaupun dilihat terpaksa bekerja keras, MU sebenarnya bermain dengan tempo yang bersahaja bagi memastikan tiga mata penuh berjaya dikecapi tanpa sebarang masalah. Permainan CP tidak seperti baru dinaikkan ke BPL kerana menampilkan corak permainan yang begitu berdisiplin terutamanya di bahagian pertahanan.

Bahagian pertahanan MU tidak berhadapan dengan banyak masalah dengan serangan CP kerana Vidic kerap bergerak ke kiri bagi mengisi kekosongan Evra yang naik ke atas memberikan sokongan kepada bahagian serangan. Mujur kekosongan ruang di antara pertahanan dan penjaga gol MU tidak dipergunakan dengan sebaik mungkin untuk CP mendapatkan gol sepertimana yang dicipta oleh Gayle yang bijak melepasi kawalan Ferdinand.

Persembahan Anderson ternyata begitu mengecewakan apabila bukan sahaja gagal membantu Carrick menguasai kawasan tengah padang tetapi gagal menggerakkan serangan MU. Anderson turut mudah kehilangan bola dan kesilapannya itu kadang-kala membolehkan CP melancarkan serangan ke arah MU.

Prestasi Young pula boleh dikatakan agak keliru kerana Young berjaya membolehkan MU dihadiahkan sepakan penalti tetapi dalam masa yang sama mudah menjatuhkan badan acapkali menerima terjahan pihak lawan. DM turut tidak berpuas hati dengan tindakan Young dan kemungkinan besar akan kehilangan tempatnya dalam kesebelasan utama dalam perlawanan seterusnya.

Rooney bertindak dengan baik selaku penghubung antara bahagian tengah dan serangan walaupun Rooney kelihatan sedikit kepenatan. Mujur pelindung kepala yang dipakai oleh Rooney tidak mempengaruhi persembahannya dan kesungguhan Rooney memberikan hasil apabila Rooney menjaringkan gol kedua MU menerusi sepakan percuma yang menarik.

Fellaini dan Januzaj mencuri tumpuan apabila mempamerkan kemampuan masing-masing. Fellaini ternyata memberikan kelebihan buat MU di bahagian tengah dengan mudah mengekang permainan CP. Januzaj pula memperlihatkan kehebatannya beraksi sebagai pemain sayap sepertimana ketika Giggs di zaman mudanya.

Pencapaian MU setakat ini boleh dikatakan agak baik kerana berjaya mengutip tujuh mata dari empat perlawanan termasuk berhadapan dengan Chelsea dan Liverpool. Walaubagaimanapun, DM perlu mencari jalan bagi memperbaiki serangan MU yang setakat ini hanya memperoleh gol menerusi situasi bola mati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan