Rabu, 18 September 2013

Lagu mana Fellaini takat ni


Awal pagi tadi menyaksikan Fellaini membuat penampilan sulung dalam kesebelasan utama MU dengan beraksi selaku pemain tengah defensif, berpasangan dengan Carrick di bahagian tengah. Kehadiran Fellaini ternyata memberikan MU kekuatan di bahagian tengah yang selama ini agak kurang kemantapannya selepas bersaranya Keane.

Fellaini bergitu berkesan menjalankan tugas-tugas defensif dengan melindungi bahagian pertahanan MU sekaligus memberikan ruang kepada Carrick untuk bergerak lebih ke hadapan. Jadi, Carrick dapat memberikan lebih perhatian dan kreativitinya dalam menggerakkan serangan MU tanpa terlalu memikirkan bagaimana untuk menguasai kawasan tengah padang.

Corak permainan senang dengan hantaran-hantaran pendek dan kemas yang ditunjukkan oleh Fellaini memudahkan MU membuka permainan dengan cepat. Selain itu, Fellaini tidak berhadapan masalah untuk melakukan bentesen dan mampu untuk mengawal bola dengan baik tatkala diasak oleh pemain lawan. Ini menjadikan pihak lawan cukup sukar untuk merampas bola dari kakinya.

Boleh dikatakan kebanyakan bola tinggi hasil sepakan dari DDG atau bahagian pertahanan MU berjaya ditanduk oleh Fellaini. Cuma, setakat ini, sepakan sudut yang diperoleh oleh MU gagal mencapai ketinggian yang sesuai untuk Fellaini kerana kebanyakannya dilihat agak rendah.

Beraksi selaku pemain tengah defensif sememangnya menjadikan Fellaini sebagai platform untuk pemain MU lain lebih mudah bergerak ke atas. Sebelum ini, MU terpaksa mengharapkan kebijaksaan Carrick dalam memintas pergerakan pasukan lawan dari kawasan tengah padang bagi menghalang asakan dan serangan lawan tetapi dengan adanya Fellaini, MU boleh membuat bentesen dan rampasan bola dengan lebih kerap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan