Selasa, 5 Mac 2013

Review: MU vs Norwich City (BPL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 4
Kagawa 45+1', 76', 87'
Rooney 90'

NORWICH CITY 0


Pemain terbaik perlawanan (pilihan MBD):

WAYNE ROONEY


Kesebelasan utama MU:



Pertukaran pemain:

Welbeck >> RVP
Cleverley >> Anderson


Ulasan perlawanan:

Kemenangan ke atas Norwich City (NC) merupakan kemenangan kali ke-800 MU dalam saingan BPL. MU menunjukkan 'keganasan' dalam masa 15 minit terakhir perlawanan apabila meledakkan tiga gol bagi mengutip tiga mata penuh di OT.

Kagawa menjadi pemain Asia pertama meledakkan hatrik dalam BPL selepas menyumbang tiga gol buat MU. Apa yang menarik adalah ketiga-tiga gol yang dijaringkan oleh Kagawa mempamerkan ketenangan yang cukup tinggi dimiliki oleh Kagawa. Ternyata, Kagawa tidak gopoh dalam menyempurnakan peluang yang terhidang untuk menjaringkan gol.

Rooney pula seolah-olah telah membuktikan bahawa dirinya telah bersedia untuk beraksi menentang Real Madrid dengan menjadikan pertemuan dengan NC seperti perlawanan pemanas badan. Rooney bukan sahaja membantu Kagawa untuk mendapatkan dua gol, malah turut menempah nama selaku penjaring gol MU menerusi gol rembatan cantik dari luar kotak penalti.

NC beraksi dengan penuh disiplin pada separuh masa pertama menyebabkan MU gagal melancarkan serangan dengan kemas. Tambahan pula, penjaga gol NC, Bunn menampilkan kecekapan apabila berjaya menyelamatkan beberapa situasi merbahaya.

MU terpaksa menunggu penghujung babak separuh masa pertama untuk mendapatkan gol pembukaan menerusi rembatan volley Kagawa. RVP pantas membuat tampanan bola sebelum Kagawa yang berada di ruang kosong mudah merembat masuk bola ke dalam gawang NC.


Separuh masa kedua menyaksikan MU lebih banyak mempunyai penguasaan bola tetapi gagal diterjemahkan kepada peluang-peluang yang baik untuk menghasilkan gol. Walaubagaimanapun, MU berupaya menghadkan pergerakan pemain NC sehinggakan NC gagal membuat sebarang percubaan tepat ke arah pintu gol MU sepanjang perlawanan berlangsung.

RVP dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang kecederaan ataupun kepenatan dan digantikan dengan Welbeck. Kemasukan Welbeck membolehkan Rooney ditolak ke hadapan mengambil tempat RVP dan di belakangnya sokongan dan bantuan daripada Kagawa.

Perubahan formasi tersebut menjadikan serangan MU lebih mengancam. Kagawa bijak membuka permainan MU dan bergandingan baik dengan Rooney di bahagian serangan. Hasilnya MU berjaya memperoleh tiga gol dalam masa 15 minit.

Dengan BPL berbaki 10 perlawanan, MU perlu meneruskan rentak kemenangan agar tidak diekori rapat oleh Man City. MU perlu berwaspada kerana jika MU berjaya mengharungi saingan UCL ke peringkat sterusnya, jadual perlawanan menjadi semakin padat tatkala MU masih lagi perlu berhadapan dengan Arsenal, Chelsea dan Man City.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan