Keputusan perlawanan:
MANCHESTER UNITED 2
Nani 51'
Kagawa 54'
TOTTENHAM HOTSPUR 3
Vertonghen 2'
Bale 32'
Dempsey 52'
Pemain terbaik perlawanan (pilihan MBD):
Paul Scholes
Kesebelasan utama:
Pemain gantian:
Rooney >> Giggs
Welbeck >> Kagawa
Ulasan perlawanan:
Tottenham Hotspur (Spurs) akhirnya berjaya mencatatkan kemenangan pertama ke atas MU di OT dalam tempoh 23 tahun apabila menewaskan MU dengan keputusan 3-2 pada hujung minggu lepas. Tiga gol Spurs yang dihasilkan menerusi gerakan pantas telah menyebabkan MU mengalami kekalahan kedua dalam enam perlawanan BPL musim ini.
Ternyata rekod buruk yang diperoleh sebelum langsung tidak menjejaskan perhatian dan semangat Spurs untuk mendapatkan sesuatu di OT. Sepertimana Everton, Spurs boleh dikatakan telah menemui 'gameplan' yang amat bijak bagi menumpaskan MU. Percaturan pemain dan pemilihan taktikal oleh AVB membolehkan Spurs mendapatkan tiga mata penuh dari OT walaupun tidak menghasilkan banyak peluang.
MU perlu menyalahkan diri sendiri atas kekalahan di tangan Spurs. Seperti yang diakui oleh SAF, kelambatan MU untuk mendapatkan rentak permainan yang sepatutnya mengakibatkan MU kerap melakukan kesilapan seterusnya dihukum oleh Spurs yang sememangnya mempunyai barisan pemain muda yang memiliki larian yang deras.
Oleh kerana kecederaan yang dialami oleh Valencia, Nani diberikan peluang beraksi namun kegagalannya untuk mengekori Vertonghen dari awal membolehkan Spurs melancarkan gerakan pantas dan seterusnya mendapatkan gol pertama menerusi larian cantik Vertonghen seawal minit kedua. MU terus dikejutkan lagi dengan gol kedua Spurs apabila Bale yang melarikan bola dari kawasan tengah padang berjaya melepasi kawalan Ferdinand sebelum merembat bola dengan kaki kanan yang menerjah jaring gol MU.
MU benar-benar tertekan pada separuh masa pertama dengan Giggs dan Nani tidak banyak membantu Kagawa dan RVP dalam menggerakkan serangan MU. Mujur Carrick dan Scholes bijak menjalankan fungsi masing-masing dan berjaya menghalang sebahagian besar permainan Spurs dari kawasan tengah.
MU menunjukkan kebangkitan sebaik sahaja separuh masa kedua bermula terutamanya dengan kemasukan Rooney yang menggantikan Giggs. Rooney yang mempamerkan persembahan yang baik ketika beraksi menentang Newcastle United ternyata memberikan impak segera apabila hantaran silangnya berjaya disudahkan oleh Nani untuk gol pertama MU.
Namun, sedikit kelekaan di bahagian pertahanan di mana sekali lagi bahagian kanan MU berjaya dibolosi membolehkan Spurs menghasilkan gol ketiga. Sepertimana dua gol sebelumnya, Spurs yang pantas melancarkan serangan memboleh Dempsey mudah menolak masuk bola untuk menjaringkan gol. Seperti terkena kejutan, MU terus membuat serangan balas. Kagawa yang bijak mencari ruang kosong berjaya menerima umpanan RVP sebelum merembat leret bola untuk menjaringkan gol kedua MU.
Dalam masa tidak sampai lima minit, tiga gol terhasil oleh kedua-dua pasukan. Gol Dempsey memberikan kelegaan buat Spurs yang ketika itu kental bertahan sehingga wisel penamat menghadapi serangan bertubi-tubi MU. Banyak peluang yang dicipta oleh MU untuk merobek pertahanan Spurs, namun gagal disempurnakan dengan baik oleh barisan penyerang MU.
Walaupun tidak banyak mencipta peluang, tetapi menerusi tiga serangan pantas yang berkesan sudah cukup untuk Spurs menghapuskan badi 23 tahun mereka di OT. MU pula perlu melihat kembali 'drawing board' bagi memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan prestasi jika tidak ingin kecewa lagi terutamanya di awal musim ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan