Isnin, 1 Oktober 2012

Preview: MU vs CFR Cluj (UCL)


Perlawanan kedua MU dalam kumpulan H saingan UCL musim ini yang akan berlangsung di Romania.



Biarpun mengalami kekecewaan apabila tumpas 2-3 kepada Tottenham Hotspur, MU seharusnya perlu bangkit agar tidak mengulangi episod sedih tersebut apabila tibanya saingan peringkat eropah. MU seharusnya menjadikan kekalahan tersebut sebagai pengajaran berguna terutamanya bagaimana menghadapi pasukan lawan yang mempunyai barisan pemain yang laju dan taktikal serangan pantas yang berkesan.

Walaupun mencatatkan kemenangan sulung 1-0 ke atas Galatasaray dua minggu lalu, tetapi prestasi MU masih dikatakan berada di tahap yang agak rendah. MU seharusnya mempergunakan peluang dan percubaan yang dihasilkan untuk menjaringkan lebih banyak gol.

Yang pasti CFR Cluj (Cluj) bukanlah satu pasukan yang lemah kerana bagi saingan UCL musim ini, Cluj telah menampakkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Pada pusingan kelayakan UCL, Cluj berjaya mengetepikan cabaran FC Basel sementara pada perlawanan pertama kumpulan H, Cluj menumpaskan Braga di halaman lawan. Jadi, MU semestinya tidak boleh memandang remeh keupayaan kelab Romania ini.

Oleh kerana masalah kecederaan  di kalangan pemain utama dan sebagai langkah berhati-hati menjaga kecergasan pemain, SAF akan membuat sedikit rombakan terhadap kesebelasan utama MU. Selain itu, prestasi semasa pemain juga akan diambil kira sebagai faktor pemilihan pemain.

Fletcher sememangnya 'disimpan' untuk kunjungan ke Romania. Kehadiran semula Fletcher sekurang-kurangnya memberikan pilihan kepada SAF untuk posisi pemain tengah. Selain itu, Anderson dan Cleverly yang beraksi cemerlang ketika MU bertemu Newcastle United akan disenaraikan semula dalam kesebelasan utama.

Bagi barisan pertahanan pula, SAF akan merehatkan Evans dan Evra. Khabar terbaru mengatakan SAF bersedia memberikan peluang kepada pemain muda, Wootton untuk beraksi pada pertengahan minggu ini selain memberikan Buttner penampilan sulungnya dalam saingan eropah. De Gea juga kembali menjadi penjaga gol MU.

Kudrat Rooney pastinya ditagih bagi memastikan MU tidak pulang ke England dengan tangan kosong. Rooney akan bergandingan dengan Welbeck bagi memberikan sokongan dan bantuan secukupnya kepada Chicharito yang akan menjadi penyerang sasaran MU. Kagawa tidak dapat diturunkan kerana kelihatan letih pada perlawanan lalu sementara RVP diberikan ruang untuk berehat.


Kesebelasan utama:



Jangkaan keputusan: 

MU perlu cuba untuk mendapatkan rentak permainan seawal yang boleh dan mendapatkan gol awal. Jika MU mampu berbuat demikian, MU mampu untuk mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Cluj dengan Chicharito, Welbeck dan Rooney menjaringkan gol buat MU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan