Selasa, 10 Mei 2011

Perbandingan antara 4 skuad MU

Skuad MU musim 1992/1993

skuad yang dibentuk SAF merangkul kejuaraan sulung BPL. dibarisi pemain2 mantap dengan gabungan tenaga muda dan lama menjadikan MU menjadi juara pertama apabila Liga Perdana England diperkenalkan. giggs menonjol terlebih dahulu bagi 'Class of 92' dengan aksi sebagai pemain sayap kiri. Otai MU, cantona merupakan penyerang yang 'genius' dan gandingannya bersama hughes memang cukup mengancam. sepertimana giggs, kanchelskis yang memiliki larian pantas beraksi di sayap kanan. bahagian tengah MU ketika ini kental kerana dikemudi oleh ince yang diberikan jolokan nama 'the Governor' manakala mcclair lebih bertindak sebagai attacking midfielder. barisan pertahanan dikawal kemas oleh bruce, seorang pemain pertahanan yang bagus dan menggalas tugas sebagai kapten pasukan namun gagal mendapat tempat dalam skuad utama england. di sebelahnya merupakan 'partner in crime' iaitu pallister yang cukup hebat dalam situasi bola tinggi. irwin yang beraksi di leftback merupakan 'freekick specialist' manakala parker merupakan fightback yang 'robust' walaupun bertubuh kecil. di belakang mereka adalah lagenda MU, schmeichel, seorang penjaga gol yang tidak dikenali sebelum menyarung jersi MU. 


Skuad MU musim 1998/1999

boleh dikatakan mantap di semua bahagian. schmeichel kebal di gawang gol manakala gandingan stam dan johnsen kental di pertahanan tengah. irwin masih lagi 'reliable' di posisi leftback. rakan sekelas giggs 'class of 92' mula menjadi pemain utama MU. neville mengambil tempat parker di posisi rightback dan merupakan batu loncatan kepada dirinya untuk 'establish' sebagai salah seorang rightback terkental di dunia. scholes yang memiliki kemampuan membuat hantaran yang tepat dan kreativiti yang tinggi menjadi perancang utama MU. scholes disokong oleh keane yang asalnya bermain sebagai 'back-up striker' di nottingham forest tetapi telah dibentuk oleh SAF menjadi antara defensive midfielder terbaik dunia. keane bolehlah dianggap 'captain marvel', nama yang sebelum ini diberikan kepada robson. giggs terus memastikan posisi sayap kiri miliknya manakala beckham mula menempah nama di sayap kanan menerusi keupayaan hantaran silangnya yang cukup merbahaya. ketika ini, MU mempunyai dua orang 'freekick specialist' iaitu irwin dan beckham. bahagian serangan MU dikepalai oleh cole dan yorke. di awal penyertaannya bersama MU, cole tampat seperti pembelian yang rugi dari newcastle namun selepas beberapa bulan, cole mula menjaringkan gol demi gol buat MU. gandingannya dengan yorke mempunyai 'chemistry' dan menjadi pasangan penyerang yang digeruni. kehebatan skuad MU ini dibuktikan apabila merangkul tiga kejuaraan.


Skuad MU musim 2007/2008

skuad yang menjulang kejuaraan berganda dibarisi pemain2 yang mempunyai bakat dan potensi yang tinggi. ronaldo yang menyertai MU selepas keluarnya beckham merupakan pemain yang berkaliber. bukan hanya boleh beraksi di sayap kanan, ronaldo juga mampu membuat jaringan menerusi sepakan percuma dan kebolehan menanduknya. tatkala neville dilanda kecederaan, brown telah memberikan aksi yang kemas di rightback. kehadiran dua pemain pertahanan yang dibeli pada tahun 2006 iaitu evra dan vidic telah mengembalikan kekentalan di bahagian pertahanan MU. gandingan vidic dan ferdinand merupakan pasangan pertahanan termantap yang pernah dimiliki oleh MU. setelah diburu sekian lama, akhirnya MU berjaya juga mendapatkan van der sar untuk menjaga gawang gol MU yang agak kucar-kacir selepas ketiadaan schmeichel. giggs masih lagi utuh di posisi sayap kiri walaupun usianya sedang meningkat. carrick yang dibeli dari spurs memiliki kebolehan untuk melindungi barisan pertahanan dan pada masa yang sama bertindak sebagai deep playmaker. aksinya bersama scholes di bahagian tengah MU memang mantap. rooney dan tevez menjadi peledak utama MU. kedua2 mereka boleh dikatakan memberikan lebih 100% apabila beraksi. gabungan rooney-tevez-ronaldo merupakan trio yang benar2 mengancam pertahanan mana2 pasukan.


Skuad MU musim 2010/2011

Skuad musim ini yang berkemungkinan mampu memperoleh kejuaraan berganda. memiliki adunan yang cukup dari segi pengalaman, skill dan bakat hasil gabungan tenaga muda dan tua. walaupun berada di musim terakhir bersama MU, van der sar masih lagi berupaya memberikan prestasi yang membanggakan pada usia 40 tahun. gandingan vidic dan ferdinand masih lagi menjadi sandaran utama MU. evra d tidak digugat langsung oleh mana2 pemain di posisinya. fabio yang pada asalnya lebih cenderung kepada posisi leftback, kini mula menempatkan dirinya dalam skuad utama MU di posisi rightback. kebolehan untuk bertahan dan menyerang menjadi aset penting kepada fabio. sekalipun berehat panjang, valencia tetap menjadi pilihan utama SAF di bahagian sayap. bermain secara mudah dan hantaran silang yang merbahaya membolehkan valencia dipilih berbanding nani. carrick menjadi jentera tengah MU dan memberikan sokongan yang bagus kepada giggs yang kini berubah posisi dari sayap kiri ke attacking midfielder. di usia 37 tahun, giggs berjaya menyesuaikan permainannya agar lebih kreatif dan berkesan dari kawasan tengah. sayap kiri diisi oleh ji-sung park. ji-sung park merupakan pemain yang bijak dan berupaya bergerak ke serata padang dan tidak hanya di sayap kiri untuk menggerakkan serangan MU. walaupun berkata ingin keluar dari MU ketika di awal musim, namun kini rooney telah kembali ke prestasi yang sebenar. ini adalah secara tidak langsung hasil dari gandingannya bersama penyerang muda mexico iaitu chicharito. chicharito mempuyai 'movement' yang baik dan bijak mencari peluang dan ruang untuk menerima hantaran rakan2 selain penyudah yang amat tajam. gandingan rooney dan hernandez memberikan sesuatu yang berbeza daripada pasangan penyerang MU sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan