Jumaat, 27 Mei 2011

Dah tak lama dah

tinggai tak bapa jam ja lagi untuk berlangsungnya final UCL musim ni. memang cukup mendebarkan la. bukan apa, champion of spain lawan dengan champion of england. dua champion tu. media lani dah mula duk wat kluaq berita pasai UCL yang konfem menghangatkan final UCL nanti. antara berita yang dah kluaq kata SAF macam dah konfem nak wat turun 1st eleven yang sama masa MU menang dengan schalke kat jerman. line-up MU cam kat bawah ni:


berbatov dan nani mungkin tak jadi pilihan sebab 1st eleven kat atas ni nampak cam dah serasi. rooney pun selesa ja bila main deep skit dan jadi focal point untuk buka game MU. SAF pun baru ni dah kata chicharito ni bleh jadi senjata rahsia MU untuk menang dengan barcelona. seperti yang kita duk tau, chicharito ni memang lari berdesup dan pandai cari ruang kosong. dua ciri ni rasanya dah cukup nak kasi havoc skit defender barcelona.

cuma kat tengah, ada yang pertikat pasai apa carrick main, dan bukannya fletcher. bukannya nak nafi yang fletcher ni tak power, tapi fletcher pun baru ja baik dari cedera. dahtu gameplay dia len skit dari carrick yang mana walaupun fletcher ni bleh kontrol tengah, tapi dia tak bapa baguih bila nak cover defender. dahtu fletcher lak kurang skit dari segi vision dan kreativiti nak wat pergerakan MU. carrick lak macam dah paham role bila main deep playmaker, sambil cover back-four, carrick bleh jugak buka game MU dengan hantaran2 yang tepat. bila partner dengan giggs, nampak cam masyuk ja. cuma mungkin carrick ni kena keja lebih keras lagi kot sebab lawan MU kali ni memang kuat kat bahagian midfield.

untuk final UCL awai pagi ahad, UEFA amik pengadil dari hungary jadi match official. viktor kassai yang berusia 35 tahun menjadi pilihan EUFA ada banyak pengalaman dalam bola sepak eropah. dia dah officiated lebih 60 game dan salah satu daripadanya adalah game MU masa kat grouping stage lawan valencia. harap2 kassai ni bleh la jadi pengadil yang fair, tak bias dan paling penting kena tau camna corak kedua2 team main supaya tak kacau sangat gameflow tu nanti.

wah! dah awai minggu ni heboh kata MU dah nak dekat selesai urusan beli penjaga gol atletico madrid, alih2 tuan punya badan, david de gea kata persetujuan tu takkan setel sebelum dia balik dari wakil spain main dalam kejohanan eropah U-21. banyak sangat dah berita kata de gea akan join MU dengan harga 18 juta pound. dahtu sorang lagi target MU, wesley sneijder plak kata tak minat nak join MU musim depan. sebelum ni memang kecoh la kata MU cukup mau kat sneijder dan sedia nak bayaq 30 juta pound kat inter milan. kalau ikut aku, MU bukannya nak sangat kat sneijder ni, cuma media ja saja nak panaskan transfer rumour. aku rasa, SAF akan lebih prefer amik player muda, sebagai contoh, midfield everton, jack rodwell untuk musim depan. dan dalam entry aku sebelum entry ni, duk bajet MU jugak akan success dalam nak beli ashley young dari aston villa. mungkin kalu MU jadi UCL champion nanti, kurang2 leh tambah la lagi daya tarikan MU kat player2 yang nak dibeli nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan