Selasa, 24 Mei 2011

BPL's Champion 2010/2011

walaupun telah mengesahkan kejuaraan liga pada minggu lepas, namun sudah semestinya MU ingin meraikan kejuaraan tersebut dengan meriahnya apabila menamatkan perlawanan BPL ke38 di OT. perlawanan antara MU dengan blackpool hanya pelengkap jadual bagi MU namun berlainan pula bagi blackpool yang ingin mencari kemenangan bagi mengelakkan kelab dari tersingkir untuk bermain di championship pada musim hadapan.

kejuaraan ke4 dalam tempoh 5 tahun merupakan kejuaraan yang paling manis kerana pada musim ini, kejuaraan bagi musim 2010/2011 telah membolehkan MU mengatasi rekod kejuaraan liga paling banyak. 19 kejuaraan merupakan rekod terbaru dalam arena bola sepak england dan kini MU mencatatkan nama sebagai kelab paling berjaya dalam saingan liga.

sebelum bermulanya sepak mula perlawanan MU-blackpool, timbul isu di mana terdapat kerisauan di kalangan pengurus kelab yang bersaing dalam zon penyingkiran. mereka berpendapat MU akan meletakkan pemain2 simpanan dalam kesebelasan utama untuk menentang blackpool. ini sekaligus dikatakan memberikan peluang kepada blackpool untuk mencuri 3 mata dari OT seterusnya mengelakkan diri daripada tersingkir.

namun, SAF sendiri memberikan jaminan bahawa beberapa pemain utama seperti VDS, anderson dan fletcher akan beraksi. selain itu, ferdinand juga menemplak individu2 berkaitan dengan mengatakan bahawa untuk apa skuad perlu mendaftarkan 25 pemain sahaja untuk sesuatu musim tetapi tidak dapat menggunakan keseluruhan skuad tersebut. FA england turut berkata MU tidak akan dikenakan sebarang tindakan memandangkan satu perlawanan tidak memberikan kesan yang banyak kepada kelab2 yang tersingkir tetapi lebih kepada prestasi yang mampu ditunjukkan sepanjang musim liga berlangsung.

dalam perlawanan BPL terakhir, MU tampak bermain dengan berhati2 dan tidak terlalu 'adventurous' melancarkan serangan. ini mungkin bagi mengelakkan pemain beraksi di bawah tekanan dan akan memberikan risiko untuk mengalami kecederaan. walaubagaimanapun, dengan membariskan sebahagian besar pemain2 utama, corak permainan MU tidaklah begitu terjejas.

blackpool yang sememangnya terkenal dengan 'attacking approach' telah menyebabkan kedua2 kelab bermain dengan begitu terbuka. secara tidak langsung, MU dan blackpool saling berbalas serangan dan perlawanan boleh dikatakan menarik, ditambah pula dengan keputusan perlawanan tersebut bakal menentukan nasib blackpool dalam saingan BPL.

MU bermula garang dengan serangan bertali arus. walaupun bermain sebagai 'lone striker', berbatov bijak membuka ruang kepada rakan sepasukan lain. hasilnya, lorongan cantik berbatov berjaya disudahkan dengan tenang oleh JSP. namun, sedikit kesilapan yang dilakukan di bahagian pertahanan MU memberikan blackpool sepakan percuma di luar kotak penalti. sepakan percuma tersebut digunakan dengan sebaik mungkin oleh blackpool apabila menyamakan kedudukan menjadi 1-1 menerusi rembatan lencong kapten blackpool, charlie adam.

kurangnya sedikit cengkaman di bahagian tengah telah membolehkan pemain blackpool meloloskan diri untuk menghasilkan gol kedua. larian cantik penyerang blackpool, vaughn yang kemudiannya bertukar2 hantaran sebelum membuat lintangan ke kotak penalti MU. hantaran tersebut disudahkan dengan cantik oleh penyerang blackpool, taylor-fletcher. gol kedua blackpool tersebut seolah2 memberikan tamparan kepada MU yang kemudiannya kembali menonjolkan permainan yang lebih kemas.

gol penyamaan MU disumbangkan oleh anderson yang mudah merembat masuk melepasi jangkauan penjaga gol blackpool selepas menerima umpanan JSP. MU seterusnya cuba memecahkan benteng blackpool yang kental untuk mempertahankan pintu gol mereka. namun usaha blackpool memakan diri sendiri apabila pertahanan mereka menjaringkan gol sendiri apabila gagal memintas dengan tepat hantaran lintang smalling. kemenangan MU ke atas blackpool diserikan lagi dengan gol ke4 apabila owen mudah menewaskan penjaga gol blackpool dalam situasi satu lawan satu selepas menerima lorongan cantik daripada anderson.

kemenangan 4-2 yang dikecapi oleh MU telah membolehkan MU menamatkan saingan BPL dengan 80 mata, 9 mata mengatasi pencabar terdekat iaitu chelsea dan man city. jurang 9 mata tersebut merupakan yang terbanyak sejak dari tahun 2001. kegagalan blackpool untuk memperoleh sebarang mata di OT telah menyebabkan kelab mereka tersingkir dari BPL pada musim hadapan. ternyata saingan BPL musim ini begitu sengit bagi semua pasukan sama ada untuk penentuan kejuaraan mahupun penyingkiran. walau apapun, MU seharusnya berbangga kerana kejayaan musim ini adalah hasil kerjasama satu pasukan dan bukannya berharap kepada prestasi seseorang pemain sahaja.

GLORY GLORY MAN UNITED!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan