"Orang yang dituduh melakukan perbuatan zina (al-maqzuf), liwat atau sepertinya tidak perlu dibicarakan. Sebaliknya yang perlu dibicarakan ialah orang yang menuduh. Sebab dia telah melemparkan tuduhan qazaf (melemparkan tuduhan zina) maka dia wajib mengemukakan bukti-bukti yang kukuh."
"Kaedah syariat berkenaan hal ini adalah: Orang yang menuduh wajib mengemukakan bukti dan orang yang dituduh wajib mengucapkan sumpah. Bagaimanapun dalam kes seperti ini, orang yang dituduh tidak dituntut untuk bersumpah. Sebab pada dasarnya setiap manusia itu bersih daripada sebarang tuduhan, seperti mana secara hukum asalnya setiap muslim mesti berbaik sangka dan memandang dengan pandangan yang baik sesama mereka."
"Adalah hak setiap orang yang dituduh dengan tohmahan keji ini untuk menuntut orang yang menuduhnya dalam satu perbicaraan mahkamah syariah yang adil. Manakala kewajipan seorang kadi muslim yang menangani kes ini dengan cara yang diredhai Allah dan hukum syariat-Nya adalah: Menuntut penuduh untuk mengemukakan bukti dakwaannya, iaitu empat orang saksi sepertimana yang diterangkan oleh al-Qur'an. Jika dia tidak berbuat demikian maka gugurlah dakwaannya."
"Kadi wajib menegakkan hukuman Allah ke atas dirinya iaitu dengan menyebatnya sebanyak 80 sebatan, menghilangkan haknya dalam memberikan kesaksian, dan mengecapnya sebagai fasik melainkan jika ia bertaubat."
nukilan: TGHH
source: Sindrom memperalatkan Kaabah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan