awal pagi tadi, MU hanya mampu mencatatkan keputusan seri 0-0 dengan newcastle united (NU) di st. james park. nampaknya, MU gagal memperbaiki prestasi apabila beraksi di tempat lawan sehingga kini. walaubagaimanapun, satu mata yang diperoleh merupakan bekalan yang cukup berharga dalam usaha MU untuk menjuarai BPL musim ini.
secara keseluruhannya, MU tidaklah bermain dengan buruk sepertimana ketika menentang man city hujung minggu lepas, tetapi kesungguhan dan disiplin yang ditunjukkan oleh para pemain NU telah menyebabkan MU gagal untuk menjaringkan sebarang gol. MU tidak berupaya menembusi pertahanan NU yang dikawal rapi di samping menghadapi tekanan yang hebat di bahagian tengah.
aku menjangkakan SAF akan menurunkan nani dan valencia di bahagian sayap. namun hanya nani sahaja yang diturunkan untuk beraksi manakala valencia mungkin disimpan bagi perlawanan hujung minggu ini menentang everton. giggs berubah posisi dari bahagian tengah ke bahagian sayap tidak memberikan impak yang banyak. carrick dan anderson pula terpaksa bekerja keras untuk menguasai kawasan tengah padang kerana disaingi bahagian tengah NU yang bertindak cemerlang. sekaligus mengakibatkan, MU tidak mempunyai kreativiti untuk melancarkan serangan dan lebih mengharapkan rooney untuk membuat gerakan.
yang boleh dibanggakan adalah gandingan rooney dan chicharito. mereka berdua dilihat begitu serasi dan memahami corak permainan masing2. rooney dan chicharito berupaya mengucar-kacirkan pertahanan NU walaupun hanya berdua sahaja di bahagian atas. aku yakin, jika SAF mengekalkan gandingan rooney dan chicharito untuk saingan musim depan, tidak mustahil serangan MU akan menjadi mantap. tetapi mereka berdua memerlukan sokongan yang bagus daripada bahagian tengah. di sinilah MU perlu mempunyai seorang playmaker yang baik untuk menggerakkan serangan MU serta memberikan sokongan dan bantuan kepada penyerang.
bahagian pertahanan tidak menampakkan masalah yang besar. seperti biasa, smalling bermain dengan baik di samping vidic setiap kali diturunkan bagi menggantikan ferdinand. o'shea tampak 'steady' sepanjang perlawanan tetapi tidak boleh naik ke atas membantu serangan kerana lebih banyak menjalankan tugas pertahanan. evra pula berjaya memperkemaskan permainan setelah beberapa kali hantarannya tersekat di awal perlawanan. ketenangan VDS memberikan keseimbangan dan dinamik kepada pertahanan MU untuk mengekang pegerakan dan serangan NU.
MU kini berada dalam misi memburu mata, tidak mengira satu ataupun tiga dalam baki lima perlawanan BPL terakhir. yang penting, kekalahan harus dielakkan. jika ini berjaya dilakukan oleh MU, tidak mustahil MU akan ditabalkan kejuaraan BPL buat kali ke19 pada penghujung musim ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan