MU sedang berada dalam landasan terbaik untuk menjulang kejuaraan BPL musim ini apabila berjaya menewaskan everton dengan keputusan 1-0 di OT. kemenangan MU telah diperoleh selepas chicharito menanduk masuk bola ke dalam gawang everton pada minit ke84 setelah menerima hantaran silang valencia. satu perlawanan yang agak sukar buat MU kerana para pemain everton terutamanya duo pertahanan tengah dan penjaga gol yang begitu cemerlang menidakkan jaringan MU sebelum gol chicharito dijaringkan.
SAF telah merehatkan sekurang2nya lima pemain utama iaitu carrick, giggs, JSP, vidic dan evra dari kesebelasan utama dan digantikan dengan pemain yang telah lama atau jarang beraksi. tindakan dan keputusan SAF ini adalah untuk memastikan skuad MU berada dalam keadaan terbaik untuk bertemu dengan schalke di peringkat separuh akhir UCL pertengahan minggu ini. namun begitu, pilihan SAF membuat perubahan besar dalam kesebelasan utama seakan2 memakan diri apabila gagal menembusi kekentalan benteng pertahanan everton.
separuh masa pertama menyaksikan MU memperoleh sebahagian besar penguasaan bola dan bermain dengan kemas. banyak serangan yang telah dilakukan menerusi hantaran2 kemas. tetapi, akibat kegopohan dan kesilapan dalam membuat keputusan telah menggagalkan usaha MU untuk mendapatkan gol. mungkin agak benar sesetengah komen dalam internet mengatakan bahawa MU seolah2 cuba bermain seperti arsenal apabila kerap kali ingin menjaringkan gol menerusi "walk into the goal mouth". apa tidaknya, situasi yang sebolehnya merembat masuk ke gawang gol tetapi bola dihantar kepada rakan. aku yakin, SAF pun agak "panas punggung" melihat aksi anak2 buahnya.
walaubagaimanapun, sepertimana yang telah ditunjukkan oleh MU dalam beberapa perlawanan BPL sebelum ini, MU mempunyai semangat juang yang tinggi dan tidak mudah berputus asa. dengan karakter yang tinggi ini telah membolehkan MU terus memburu gol. usaha demi usaha MU yang dilakukan telah membuahkan hasil apabila chicharito yang bermain baik sepanjang perlawanan menjaringkan gol berharga buat MU.
gandingan rooney dan chicharito telah memberikan faedah kepada kedua2 pemain. sebaik sahaja digandingkan dengan chicharito, rooney dilihat kembali ke prestasi sebenar. selain ketajaman di hadapan pintu gol, rooney kini mempunyai kembali semangat bermainnya yang merupakan aset penting dalam diri rooney. manakala chicharito pula kerap menjaringkan gol2 penting setiap kali bermain bersama rooney. prestasi yang baik ditunjukkan oleh chicharito dan rooney sekaligus menyebabkan berbatov gagal mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama MU. mungkin, berbatov terpaksa mencari kelab baru musim hadapan kerana tidak mampu untuk memberikan impak sepertimana rooney dan chicharito.
dengan baki empat perlawanan sahaja lagi, enam mata mendahului pencabar terdekat iaitu chelsea di tangga kedua, MU tidak perlu menoleh ke belakang. apa yang penting adalah MU terus mengutip mata, tidak kiralah sama ada satu atau tiga, bagi menjamin kejuaraan BPL musim ini kembali ke OT. seperti yang dinyatakan oleh SAF, ramai yang agak bimbang dengan peluang MU kerana MU masih lagi mempunyai perlawanan dengan chelsea dan arsenal. namun, SAF berpendapat MU berupaya untuk menang dalam kedua2 perlawanan tersebut seterusnya menjadi juara BPL. MU telah membuktikan barisan sedia ada MU mampu bersaing untuk kejuaraan BPL dan pertandingan lain walaupun telah kehilangan dua pemain hebat iaitu CR dan tevez.
GLORY GLORY MAN UNITED!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan