Sabtu, 16 April 2011

Kenari duk makin terbang.....

emmm sejak2 hj RMD amik alih jadi ketua jurulatih dari hj AY, kedah makin mantap lani. kira kalau masuk dengan result kemenangan malam ni, kalau tak salah aku, kedah dah menang 4 dari 5 game under hj RMD. memang satu peningkatan yang betoi2 memberangsangkan. bukan apa, masa bawah hj AY dulu, kedah bleh kata agak mandom jugak la. apapun, aku berasa gembira la atas kebangkitan yang mula ditunjukkan oleh kedah.

tapi yang agak menghairankan aku adalah kenapa ada peningkatan di bawah kendalian hj RMD berbanding hj AY. kalau nak diikutkan set pemain kedah masih lagi serupa dan setakat lani, kesebelasan utama kedah yang diturunkan juga hanya beza skit ja, takat 2 3 orang ja tukaq.

banyak sangat sebab yang timbul masa hj AY pegang kedah dulu. aku nak hurai panjang lebaq pun, aku pun tak bapa sangat nak tau, maklumla aku ni 'geng biru' ja hahaha. sapa yang paham tu, paham ja la no. hat tak paham, buat2 paham ja la dengan maksud 'geng biru' tu.

kalau ikut pendapat aku sejak dari awai lagi masa kedah duk merudum dulu, aku lebih suka point finger aku kat player. bukan apa, depa ni dah bertahun sangat main kat kedah, nu sejak dari zaman double treble nu. bukan semua la, tapi sebahagian besaq dari skuad kedah lani. bagi aku sepatutnya depa ni kena la amik 'mantle' dari trio import terbaik kedah dan tingkatkan persembahan depa. ini tak, prestasi lagi merosot adala. takkan la tahan bola tak lekat, passing merewang rata, men takdan setengah jam dah pancit, nak totally blame coach. ni suma player la kena pulun bagi kemas. dah kata profesional, kena la bagi performance setimpal dengan gaji yang dapat.

namun, mungkin jugakla taktikal dan strategi hj AY dulu ada bagi effect kat kat performance kedah. tapi walau superb macam mana pun taktikal dan strategi coach yang baguih punya duk rancang sebelum game, yang menterjemahkan kat padang adalah pemain. kalau pemain tu tak bersungguh ikut kata coach, dan men ikut suka, sahih la satu pasukan akan mengarut.

apapun, tu semua buku lama. lani kedah dah buka buku baru. dahtu siap tengah perform lagi. kira baguih la. mungkin lepas ni, minat aku nak pi stadium akan ada balik selepas hanyut tah ke mana sebelum ini. maklumla, lalang hahaha. lagipun, adik ipaq aku pun gheja duk tanya aku ja bila nak bawak dia pi stadium lagi heheh. tak larat bagi alasan dah pun kat dia. jadi, harap kedah akan teruih meningkat naik sekaligus aku akan kembali semula menjejakkan kaki ke stadium lagi hehehe.

PULUN KEDAH PULUN!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan