Selasa, 3 Mei 2016

Tahniah.....


Syabas dan tahniah buat Leicester City

Walaupun BPL masih lagi berbaki 2 perlawanan, Leicester City sudahpun ditabalkan sebagai juara yang baharu pada musim ini setelah pencabar terdekat, Tottenham Hotspur tewas 0-2 kepada Chelsea.

Sepertimana yang telah dikatakan sebelum ini, Leicester City bijak mempergunakan peluang yang terhidang pada musim ini untuk merangkul kejuaraan selepas pasukan besar seperti MU, Manchester City dan Chelsea mengalami kemerosotan prestasi manakala Arsenal dan Liverpool gagal mencabar seperti setiap musim.

Musim hadapan pastinya lebih mencabar buat Leicester City kerana akan bersaing dalam UCL sekaligus perlu memperkuatkan pasukan sedia ada. Apapun, sekalung tahniah buat Leicester City kerana menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang musim ini dan selayaknya memiliki kejuaraan BPL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan