Isnin, 16 Mei 2016

Duk kata apa dah


Terlepas peluang ke UCL

Tertewasnya MU di tangan West Ham United baru-baru ini menyebabkan peluang MU untuk merebut slot terakhir ke UCL musim hadapan terpadam.

Walaupun Manchester City sekadar mampu seri 1-1 dengan Swansea City, keputusan tersebut sudah memadai buat Manchester City untuk layak beraksi di UCL tatkala perlawanan MU-Bournemouth terpaksa ditunda gara-gara disyaki adanya bom di Old Trafford.

Jika MU tewas dalam perlawanan terakhir BPL yang akan dilangsungkan pada pertengahan minggu ini, MU berkemungkinan terpaksa bersaing dalam peringkat kelayakan Europa League. Jadi, MU perlu menang seterusnya melayakkan diri terus ke peringkat kumpulan walaupun kejuaraan Piala FA turut menjamin tempat di peringkat kumpulan Europa League musim hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan