Selasa, 3 Mei 2016

Seperti Dijangka


Tidak ke perlawanan akhir....

Sepertimana yang telah dijangkakan sebelum ini, Kedah gagal untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala FA 2016 selepas tumpas 4-3 secara aggregat kepada JDT.

Tanpa 2 tonggak import iaitu Liridon dan Sandro selain beberapa pemain utama yang lain, Kedah sememangnya berhadapan kesukaran untuk menumpaskan JDT di Johor.

Walaupun mampu untuk mendapatkan satu gol dan berjaya menjadikan aggregat 3-3, namun kealpaan di babak akhir perlawanan menyebabkan Kedah berputih mata apabila JDT memperoleh gol kemenangan. Kedah acapkali bolos gol di babak akhir perlawanan sejak beberapa perlawanan kebelakangan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan