Isnin, 2 Jun 2014

Dah nak sampai final dah ni


Pertembungan perlawanan akhir Piala FA musim ini akan menyaksikan Pahang akan bertemu dengan Felda United. Kedua-dua pasukan layak ke pentas akhir selepas menumpaskan lawan masing-masing dalam dua pusingan perlawanan di separuh akhir.



Pahang memberikan episod duka buat JDT setelah mengetepikan skuad yang dibarisi pemain ternama dengan keputusan aggregat 2-1. Dalam perlawanan separuh akhir pusingan pertama, Pahang dan JDT terikat dengan keputusan 1-1 di Johor. Pahang walaubagaimanapun, mempergunakan kelebihan beraksi di halaman sendiri untuk menumbangkan JDT 1-0 dalam perlawanan pusingan kedua.

Walaupun kedua-dua pusingan perlawanan separuh akhir antara Felda United dan Kelantan berakir dengan keputusan seri, tetapi Felda United berjaya melangkah ke perlawanan akhir menerusi kelebihan gol di tempat lawan. Felda United dan Kelantan terlebih dahulu seri 3-3 dalam aksi  perlawanan separuh akhir pusingan pertama di Kota Bharu. Dalam perlawanan pusingan kedua, Felda United berjaya mengikat Kelantan dengan keputusan 2-2 sekaligus menempatkan diri ke perlawanan akhir Piala FA musim ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan