Isnin, 23 Jun 2014

Dah nak abih dah


Saingan Liga Perdana 2014 sedang menghampiri penghujungnya dengan berbaki 1 perlawanan sahaja lagi. PDRM sudahpun ditabalkan sebagai juara apabila mengumpulkan 52 mata, berkelebihan lima mata berbanding Felda United yang berada di tangga kedua. PDRM dan Felda United akan layak untuk beraksi dalam Liga Super pada musim hadapan.

Pulau Pinang yang bermula agak garang di awal musim, menunjukkan prestasi yang sedikit longlai kebelakangan ini sekaligus hanya sekadar berada di tangga ketiga. Keputusan seri yang diperoleh dalam beberapa perlawanan sebelum ini menyebabkan Kedah hanya mampu untuk menghuni di tangga keempat liga.

PBAPP FC berada di tangga tercorot liga apabila hanya mengumpulkan 9 mata daripada 21 perlawanan. Perlis akan menemani PBAPP FC untuk beraksi di Liga FAM setelah berada di kelompok dua pasukan terbawah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan