Rabu, 30 April 2014

Review: MU vs Norwich City (BPL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 4
Rooney 41', 48'
Mata 63', 73'

NORWICH CITY 0



Pemain terbaik perlawanan:

WAYNE ROONEY


Kesebelasan utama MU:


Pertukaran pemain:

Mata >> Welbeck
Young >> Kagawa
Hernandez >> Cleverley


Ulasan perlawanan:

Giggs membuktikan kata-katanya untuk mengembalikan MU ke corak permainan tradisi iaitu menyerang ketika mengemudikan perlawanan pertama yang diuruskan olehnya. Walaupun bersifat sementara, Giggs ternyata bijak mengatur strategi dalam memecahkan benteng pertahanan Norwich City (NC).

Dengan menggunakan formasi 4-4-2 iaitu formasi kegemaran SAF, MU ternyata nampak lebih bernafsu ketika melancarkan serangan menerusi sebelah sayap. Walaubagaimanapun, hanya Valencia dilihat lebih berfungsi berbanding Kagawa yang agak tenggelam punca.

MU terpaksa menunggu lama untuk merobek pertahanan NC oleh kerana mempamerkan corak permainan yang sedikit perlahan dan kurang hantaran akhir yang berkesan. MU memperoleh gol pembukaan menerusi sepakan penalti Rooney yang diberikan oleh pengadil perlawanan selepas Welbeck dijatuhkan dalam kotak penalti NC.

Separuh masa pertama ditamatkan dengan MU mendahului 1-0. Sebaik bermula separuh masa kedua, MU mempertingkatkan kepantasan membuat hantaran dan ternyata ianya memberikan kesan dengan cepat apabila Rooney sekali lagi meledakkan gol kedua peribadinya menerusi percubaan jarak jauh dari luar kotak penalti.

Giggs kemudiannya memasukkan Mata bagi menggantikan Welbeck yang tidak banyak memberikan sumbangan. Keputusan tersebut menambahkan lagi sengat bahagian serangan MU dengan Mata beraksi di belakang Rooney. 

Menerusi gerakan di sebelah kanan, hantaran lintang Jones berjaya disambar oleh Mata untuk gol ketiga MU. Young dan Hernandez turut dimasukkan bagi mengambil tempat Kagawa dan Cleverley. Mata menjaringkan gol keempat MU sekali lagi menerusi hantaran silang dari sebelah kanan yang dilakukan oleh Valencia.

Kemenangan 4-0 ke atas NC merupakan kemenangan terbesar MU di halaman sendiri pada musim ini. Walaupun hanya akan mengendalikan empat perlawanan sahaja, Giggs yang menggalas tugas pengurus sementara berjaya membuktikan kemampuannya dan berkemungkinan besar, akan diberikan kerusi panas MU itu di masa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan