Khamis, 17 April 2014

Mohon maaf


Aku terlebih dahulu ingin memohon maaf atas ketiadaan sebarang entry buat satu tempoh masa yang lama. Aku berharap para pengikut dan pembaca blog MBD tidak berkecil hati dan terus memberikan sokongan kepada blog ini.

Ketiadaan sebarang entri sebelum ini adalah kerana aku terlalu sibuk dalam menjalankan tugas kerja harian selain berhempas-pulas melakukan persediaan bagi viva master dan konvensyen KIK IPTA di UniMAS.

Selain itu, kemeruduman prestasi MU juga mungkin boleh dikatakan antara punca kurangnya entri aku dalam blog ini. Selaku peminat MU, pastinya semangat dan minat aku sedikit terjejas gara-gara persembahan MU yang tidak memberangsangkan pada musim ini.

Walaubagaimanapun, dengan kebanyakan tugas sudahpun selesai ketika ini, aku akan berusaha untuk menyiapkan entri dengan kekerapan sepertimana sebelumnya.

Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan