Selasa, 6 September 2016

Nasib berbeza


Kehadiran pengurus baharu akan memberikan nasib yang berbeza.

Perlantikan JM sebagai pengurus baharu MU dikatakan akan menyebabkan Mata bukan sahaja tidak dapat beraksi dalam kesebelasan utama MU, malah akan dijual ke kelab lain. Ini adalah kerana JM telah melepaskan Mata ke MU ketika mereka berdua berada di Chelsea. Namun, terjadi sebaliknya apabila Mata diberikan peluang untuk beraksi dan kepercayaan JM terhadap dirinya dibalas dengan persembahan yang bertenaga.

Berbeza pula dengan nasib yang menimpa Yaya Toure yang kini agak terumbang-ambing selepas kehadiran Guardiola ke Man City. Toure yang merupakan pemain utama Man City sejak perpindahannya dari Barcelona kini seakan-akan dipinggirkan sehingga tersisih dari skuad utama yang beraksi dalam UCL. Toure kini hanya perlu menunggu masa untuk tibanya tingkap perpindahan bulan Januari sebelum boleh berhijrah ke kelab lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan