Pemain bola sepak di India meninggal dunia cedera tulang belakang
NEW
DELHI: Seorang pemain bola sepak muda meninggal dunia di bahagian timur
laut India selepas tercedera tulang belakang ketika menyambut gol
dijaringkan olehnya, menurut laporan akhbar, hari ini.
Peter Biaksangzuala, 23, terjatuh ke belakang atas kepalanya
selepas dia membuat gelagat tunggang terbalik beberapa kali sebaik
menjaringkan gol untuk pasukannya dalam satu perlawanan tempatan di
bandar Khawzawl berdekatan sempadan Myanmar, Selasa lalu, menurut Times
of India.
Ketika dia terlantar kesakitan, rakan sepasukan melonjak ke atasnya
untuk menyambut bersama gol itu sebelum menyedari kecederaan teruk
pemain itu.
Mereka kemudian bergegas mengusung dan mengejarkan rakan mereka itu ke hospital.
Biaksangzuala meninggal dunia, semalam selepas keadaannya bertambah
teruk ketika doktor berusaha membetulkan tulang belakang yang tercedera
itu.
Lal Hmar, seorang pegawai bola sepak di wilayah Mizoram memberitahu
wartawan di ibu kota Aizawl bahawa pemain muda itu mendermakan matanya
sebelum dia meninggal dunia.
"Peter pemain berbakat yang menyimpan harapan besar mahu beraksi dalam liga kebangsaan satu hari nanti," kata Hmar.
sumber: http://www.bharian.com.my/node/12626?asdx
Tiada ulasan:
Catat Ulasan