Jumaat, 3 Oktober 2014

Ada can ka malam ni?


Sepertimana yang telah diketahui ramai, Kedah akan berkunjung ke Kota Bharu untuk bertemu dengan Kelantan dalam perlawanan malam ini. Pertembungan antara kedua-dua pasukan merupakan perlawanan suku akhir pusingan pertama Piala Malaysia 2014. Perlawanan pusingan kedua akan berlangsung di SDA pada 17 Oktober nanti.

Tidak ramai termasuk sebilangan penyokong Kedah yang dapat menjangkakan bahawa Kedah mampu untuk melepasi saingan peringkat kumpulan. Adalah lebih mengejutkan apabila Kedah bukan sahaja layak ke peringkat suku akhir, malah layak selaku juara kumpulan, menidakkan cabaran daripada Perak, Terengganu dan Sarawak.

File:Kedah FA.png

Di bawah kendalian Tan Cheng Hoe, bola sepak Kedah nampak kembali bernafas dalam pertandingan Piala Malaysia walaupun sebelum itu, prestasi di saingan Liga Perdana tahun ini agak kurang memberangsangkan. Dengan Khairul Helmi Johari diberikan tanggungjawab sebagai kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar kini dilihat mampu beraksi dengan baik tanpa bebanan yang berat.

Kedah berkemungkinan besar akan dapat menggunakan khidmat Khyril Muhymeen yang sudah kembali dari rehat panjang akibat kecederaan. Gandingan Khyril bersama Billy Osman Mehmet dilihat mampu untuk menggempur benteng pertahanan Kelantan yang tampak agak rapuh ketika ini.

Kedah sekurang-kurangnya perlu mensasarkan keputusan seri di Kota Bharu malam ini selain mendapatkan bekalan gol untuk dibawa pulang ke Alor Setar nanti. Walaubagaimanapun, jika Kedah mampu untuk membuat kejutan dengan menumbangkan Kelantan di hadapan ribuan penyokong fanatik mereka, pastinya akan memberikan kelebihan buat Kedah untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia.

PULUN KEDAH PULUN!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan