Rabu, 16 November 2016

Perlu Menang


Hujung minggu ini MU akan bertemu dengan Arsenal bagi saingan BPL.

Perlawanan hujung minggu ini menentang Arsenal merupakan perlawanan wajib menang buat MU bagi membolehkan MU tidak terus terpinggir dari saingan empat pasukan teratas liga.

Walaubagaimanapun, JM pastinya berasa gusar apabila memikirkan bahagian serangan MU yang tumpul kerana ketiadaan Ibrahimovic yang digantung perlawanan manakala Rooney yang kemungkinan tidak dapat diturunkan akibat kecederaan lutut yang dialami. Selain itu, bahagian pertahanan MU turut kehilangan beberapa pemain tonggak iaitu Bailly dan Smalling yang turut mengalami kecederaan. 

Jadi, JM perlu mengenalpasti pemain yang mampu untuk beraksi cemerlang dalam kesebelasan utama bagi memastikan MU mampu untuk mengutip tiga mata penuh ke atas Arsenal nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan