Jumaat, 25 November 2016

Lega sebab menang


MU berjaya menumpaskan Feyenord dengna keputusan 4-0 di OT awal pagi tadi.

Kemenangan yang dicapai MU awal pagi tadi membolehkan MU menduduki tangga kedua di belakang Fenerbache dalam saingan peringkat kumpulan. Dalam perlawanan terakhir, MU akan bertemu dengan Zorya Luhansk yang sudahpun tidak layak ke saingan seterusnya dalam UEL dan hanya satu mata sahaja diperlukan oleh MU.

Apa yang mencuri tumpuan dalam perlawanan menentang Feyenord adalah persembahan yang cukup bertenaga daripada Mkhitaryan, Mata dan Rooney. Ketiga-tiga mereka berjaya menampilkan permainan dan persefahaman yang baik ketika menjana serangan MU. Mungkin nasib yang kurang baik sahaja menidakkan Mkhitaryan untuk meledakkan gol buat dirinya.

Sepertimana yang diketahui, permainan MU terutamanya di bahagian tengah akan lebih tersusun jika Carrick diturunkan. Kehadirannya di atas padang, membolehkan Pogba bebas bergerak ke serata padang. Selain itu, Jones terus menunjukkan persembahan cemerlang apabila bijak mengemudikan bahagian pertahanan MU bersama Blind sekaligus memboleh MU mendapatkan 'clean sheet'.

Diharapkan JM dapat mengekalkan kesebelasan utama ini untuk perlawanan BPL hujung minggu ini menentang West Ham United. Ini adalah kerana  aku merasakan kesebelasan utama MU yang beraksi awal pagi tadi tampak seimbang di kesemua bahagian selain memberikan peluang kepada pemain-pemain terutamanya di bahagian serangan untuk mendapatkan lebih kesefahaman dan menunjukkan keupayaan masing-masing seterusnya membolehkan MU mencatatkan kemenangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan