Rabu, 5 November 2014

Senarai pemenang tahun ni


Kancah bola sepak Malaysia semakin berkembang saban tahun. Rakyat Malaysia sudahpun mulai mengambil minat terhadap arena bola sepak tempatan. Kebangkitan pasukan-pasukan yang dikira 'old timer' dan munculnya pasukan baru yang mantap telah menjadikan saingan bola sepak tempatan. Malaysia sememangnya memerlukan suasana begini walaupun FAM tidak banyak membantu dalam memeriahkan lagi bola sepak tempatan dengan pelbagai keputusan yang dilihat tidak begitu bijak. Walaubagaimanapun, kita selaku rakyat Malaysia harus berbangga dengan sukan bola sepak kita sendiri dan memberikan sokongan terhadap pasukan yang diminati. 

2014 telah menyaksikan pelbagai episod dan peristiwa yang cukup menarik dalam kancah bola sepak Malaysia. Sebagai contoh, Pahan berjaya mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenanginya pada 2013 walaupun beraksi dengan 10 pemain. PDRM pula cemerlang untuk mengungguli Liga Perdana buat satu tempoh masa yang lama. Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap liga atau piala yang dipertandingkan dalam Malaysia bagi tahun 2014:

Juara Piala Sumbangsih – Pahang
Juara Liga Super – JDT
Juara Liga Premier – PDRM
Juara Liga FAM – Kuantan FA
Juara Piala FA – Pahang
Juara Piala Malaysia – Pahang
Juara Piala Presiden – Perak
Juara Piala Belia – Kelantan
Juara Piala KPM U17 – Terengganu
Juara Piala KPM U14 – Terengganu
Wakil Malaysia ke AFC Cup – JDT dan Pahang


Tahniah dan syabas kepada semua juara.



sumber: FB HKC
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan