Selasa, 25 Februari 2014

Review: MU vs Crystal Palace (BPL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 2
v. Persie 62' (pen)
Rooney 68'

CRYSTAL PALACE 0



Pemain terbaik perlawanan:

WAYNE ROONEY


Kesebelasan utama MU:


Pertukaran pemain:

Valencia >> v. Persie
Giggs >> Januzaj
Fletcher >> Fellaini


Ulasan perlawanan:

Setelah beberapa siri persembahan yang cukup hambar untuk hampir dua bulan, MU kembali menemui rentak kemenangan apabila menewaskan Crystal Palace (CP) dengan keputusan 2-0. Dua gol MU disumbangkan oleh duo penyerang berbisa MU iaitu Rooney dan RVP.

Dengan mengutip tiga mata penuh, MU berjaya memintas Everton untuk berada di tangga keenam setelah berada cukup lama di tangga ketujuh. Walaubagaimanapun, Everton masih lagi mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

MU bermula baik ketika beraksi di Selhurst Park sebaik perlawanan berlangsung. Namun begitu, MU berhadapan kesukaran untuk merobek kekentalan pertahanan CP disebabkan CP bermain dengan begitu kompak selain hampir kesemua pemainnya berada di dalam kawasan sendiri sepanjang perlawanan.

Persembahan Fellaini di bahagian tengah MU agak mencuri perhatian apabila memainkan peranannnya dengan begitu berkesan di samping Carrick. Kesungguhan dan kerajinan yang ditunjukkan oleh Fellaini membolehkan Carrick menggerakkan serangan MU dan mengawal rentak permainan MU. Statistik menunjukkan Carrick membuat bilangan hantaran tertinggi ketika bertemu CP berbanding mana-mana pemain di BPL musim ini.

Namun begitu, MU gagal memecahkan kebuntuan dan terpaksa berpuas hati dengan keputusan 0-0 selepas separuh masa pertama tamat.

MU menggandakan usaha untuk memburu gol pada separuh masa kedua dengan melancarkan serangan yang lebih mengancam ke arah pintu gol CP. Larian pantas Evra dari sebelah kiri dipintas oleh Camakh dalam kotak penalti CP sekaligus menyebabkan pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada MU.

RVP dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti dan gol tersebut mengurangkan sedikit tekanan buat MU. MU kemudiannya tidak menunggu lama untuk mendapatkan tambahan gol apabila Evra sekali lagi bijak membuat larian di sebelah kiri sebelum melintangkan bola ke dalam kawasan penalti CP. Rooney tanpa berlengah, membuat sepakan volley menarik menerjah jaring gol CP.

Setelah memperoleh dua gol, MU mengendurkan sedikit corak permainan memandangkan pertengahan minggu ini, MU akan beraksi di peringkat kalah mati UCL menentang Olympiacos di Greece. CP cuba sekali sekala untuk menyerang kubu MU tetapi kecemerlangan DDG dan kekukuhan gandingan pertahanan senior MU, Ferdinand dan Vidic menghalang hasrat CP untuk mendapatkan gol.

Kemenangan yang dicatatkan sedikit sebanyak mengembalikan dan menaikkan semula semangat MU yang dilihat agak rendah sejak beberapa minggu. MU kini pastinya lebih ceria dan bersedia untuk beraksi awal pagi esok dengan harapan dapat mengekalkan momentum kemenangan yang dicapai pada hujung minggu lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan