Khamis, 1 Disember 2016

Keputusan yang berbeza


MU memperoleh dua keputusan yang berbeza dalam dua perlawanan menentang West Ham United (WHU) dalam tempoh masa kurang dari empat hari.

MU berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala EFL apabila menumpaskan WHU dengan keputusan 4-1 dalam perlawanan pagi tadi. Kemenangan tersebut sememangnya patut dicapai selepas MU menunjukkan persembahan yang cukup bertenaga berbanding dalam perlawanan BPL hujung minggu lepas.

Bagi aku, salah satu faktor yang memberikan kemenangan kepada MU adalah kehadiran semula Carrick dalam kesebelasan utama MU. Dalam perlawanan hujung minggu lepas, Carrick tidak dapat beraksi akibat mengalami sedikit kecederaan dan ternyata ketiadaannya sedikit sebanyak merencatkan penguasaan MU di kawasan tengah padang. Jadi, apabila Carrick diturunkan dalam perlawanan pagi tadi, tidak kisah siapa pasangannya di bahagian tengah, sama ada Hererra ataupun Pogba, MU memiliki peratusan bola yang agak tinggi di kawasan tengah padang.

Jadi, JM seharusnya lebih bijak untuk mengenalpasti perlawanan yang mungkin memerlukan khidmat Carrick dan jika perlu menurunkan Carrick secara kerap, JM sekurang-kurangnya tidak memberikan peluang kepada Carrick untuk beraksi selama 90 minit perlawanan bagi memastikan kecergasannya.

Selain itu, peningkatan yang berjaya ditunjukkan dan dikekalkan oleh Mkhitaryan turut membolehkan MU mencatatkan kemenangan. Mkhitaryan juga tidak beraksi menentang WHU dalam perlawanan hujung minggu lepas. Prestasi cemerlang Mkhitaryan dapat dibuktikan apabila dirinya memberikan 'assist' kepada dua gol MU awal pagi tadi.

Persembahan Rooney juga mencuri tumpuan apabila dia diletakkan sebagai penyokong kepada Ibrahimovic dan diapit oleh dua penyerang yang laju iaitu Martial dan Mkhitaryan. Rooney bijak membuat hantaran yang dapat membukakan ruang di antara pertahanan WHU. Namun, Rooney tidak dapat beraksi dalam perlawanan berikutnya apabila akan menjalani pergantungan. Posisi Rooney itu pastinya akan diisikan oleh Mata.

Gandingan Jones-Rojo tampak mantap dan kemungkinan JM akan berhadapan dengan masalah untuk menentukan barisan pertahanan MU apabila Bailly dan Smalling kembali pulih dari kecederaan. 

Apapun, MU akan bertemu dengan Hull City di peringkat separuh akhir yang akan berlangsung secara dua perlawanan timbal balik pada bulan Januari nanti. Adalah diharapkan kemenangan awal pagi tadi dapat mengubah nasib MU agar menjadi lebih baik dalam saingan BPL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan