MU sekali lagi gagal mengutip tiga mata penuh dalam saingan BPL.
Ketiadaan Rooney akibat digantung satu perlawanan menyebabkan JM meletakkan Pogba beraksi di belakang Ibrahimovic sementara Martial dan Mkhitaryan berada di kiri dan kanan.Sepertimana dalam perlawanan terdahulu apabila Pogba diberikan lesen untuk beraksi lebih ke atas, Pogba tidak begitu berkesan dalam memainkan peranannya. Tidak banyak hantaran yang dilakukan oleh Pogba yang mampu untuk membuka permainan MU.
Dengan keputusan seri yang terbaru ini mengakibatkan MU terus ketinggalan jauh dari pendahulu BPL iaitu Chelsea. Jika JM masih lagi tidak mengenalpasti kesebelasan terbaik MU dan menggunapakai pemain berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki, kemungkinan MU bukan sahaja tidak mampu untuk mencabar untuk kejuaraan, bahkan tidak berupaya untuk menempatkan diri dalam empat pasukan teratas bagi melayakkan diri ke UCL musim hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan