MU berjaya menempatkan diri kembali ke enam pasukan teratas dalam BPL selepas mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Swansea City.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, JM mesti memberikan kepercayaan kepada pemain senior MU, tidak lain dan tidak bukan iaitu Carrick dan Rooney untuk beraksi dalam kesebelasan utama MU. Walaupun Rooney bukannya penyerang yang cukup berbisa sepertimana ketika beliau muda dahulu, namun kehadirannya atas padang membuka ruang kepada pemain MU lain untuk menjaringkan gol. Kita dapat lihat di mana Rooney terlibat dalam menghasilkan ketiga-tiga gol di Wales.
Kehadiran Carrick pula boleh dikatakan seolah-olah memberikan jaminan dan perlindungan tambahan kepada barisan pertahanan MU memandangkan Carrick cukup berdisplin di kawasan tengah padang. Selain itu, dengan adanya Carrick, Pogba tampak memiliki lebih mobiliti untuk bergerak ke atas dan menggerakkan serangan MU.
Selepas rehat dua minggu untuk memberikan laluan kepada aksi perlawanan antarabangsa, MU akan bertemu dengan Arsenal. Pastinya dalam tempoh dua minggu ini, JM perlu mengenalpasti kesebelasan terbaik dan taktikal atau strategi yang sesuai bagi memastikan MU memperoleh kemenangan berharga nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan