Awal pagi esok MU akan bertemu dengan Feyenord bagi aksi UEL.
Selepas tidak beraksi ketika MU bertemu dengan Arsenal pada hujung minggu lepas, Ibrahimovic dijangkakan akan diturunkan semula bagi mengetuai serangan MU. JM juga akan memberikan peluang kepada Mkhitaryan untuk beraksi selepas mengetepikannya untuk satu tempoh yang agak lama. Peluang beraksi ini harus dipergunakan dengan sebaik mungkin oleh Mkhitaryan untuk kembali mendapatkan kepercayaan JM.
Aku turut merasakan JM harus menurunkan Rooney di bahagian serangan selepas Rashford dan Martial tidak menampilkan persembahan yang memberangsangkan dalam perlawanan sebelumnya. Jones pastinya akan terus diberikan kepercayaan oleh JM untuk mengemudikan bahagian pertahanan MU selepas mempamerkan aksi yang baik selepas pulih daripada kecederaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan