Selasa, 2 September 2014

Selesai dah jual beli pemain


Eksekutif timbalan pengerusi MU, Ed Woodword seolah-olah mengotakan kata-katanya apabila MU berbelanja besar pada musim ini bagi mendapatkan beberapa pemain baru, sama ada menerusi pembelian ataupun pinjaman. Woodword sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa MU mempunyai dana yang cukup banyak untuk digunakan bagi memperkuatkan pasukan.

Ternyata Woodword tidak bercakap kosong memandangkan perbelanjaan MU sehingga tamat tingkap perpindahan pemain adalah sekitar 150 juta pound, jumlah yang hampir sama dengan perbelanjaan yang dilakukan oleh MU dalam tempoh lima tahun sebelum ini.


MU membuat kejutan apabila berjaya memikat salah seorang penyerang terbaik dunia, Radamel Falcao untuk menyertai MU secara pinjaman selama satu musim dari AS Monaco walaupun pada hakikatnya MU tidakpun beraksi dalam sebarang pertandingan di peringkat eropah. MU sebelum itu, terpaksa bersaing dengan beberapa kelab seperti Real Madrid, Liverpool dan Manchester City dalam usaha untuk mendapatkan khidmat Falcao.

Falcao amat diperlukan oleh MU kerana RVP dijangkakan akan menjalani pembedahan sekaligus akan tersisih buat satu jangka masa yang lama selain perpindahan Welbeck ke Arsenal manakala Hernandez ke Real Madrid. Jadi kehadiran Falcao dilihat tepat dalam menambahkan sengat di bahagian serangan MU yang tampat tumpul dalam tiga perlawanan pertama BPL musim ini.

MU memecahkan rekod pembelian pemain termahal England apabila membeli Angel Di Maria dari Real Madrid dengan yuran perpindahan hampir 60 juta pound. LVG dari awal lagi sudah mengatakan MU tidak mempunyai pemain sayap yang benar-benar bagus. Di Maria dilihat mampu untuk mengembalikan kegemilangan nombor 7 MU dan berjaya menampilkan permainan yang menarik walaupun tidak beraksi 90 minit dalam penampilan sulungnya bersama MU baru-baru ini.

MU amat memerlukan seseorang pemain yang mampu menggelecek pemain lawan selepas ketiadaan Cristiano Ronaldo, bersaranya Giggs manakal Rooney telah kehilangan kelincahan zaman mudanya. Pemain sedia ada seperti Mata tidak memiliki kemahiran gelecakan yang baik manakala Young dan Valencia mempunyai corak permainan yang agak 'direct'. 

Daley Blind akhirnya melengkapkan perpindahannnya ke MU dan dijangkakan akan memperkuatkan bahagian pertahanan MU yang teramat rapuh ketika ini. Dengan berkemampuan versatilitinya, Blind boleh beroperasi untuk beberapa posisi seperti pertahanan tengah, pertahanan kiri, 'wingback' kiri dan pemain tengah defensif. Di samping itu, Blind juga sudahpun memahami corak taktikal LVG apabila beraksi cukup cemerlang di bawah LVG ketika bersama Belanda dalam Piala Dunia.

Sepertimana Blind, Marcos Rojo akan turut memperkuatkan bahagian pertahanan MU. Setakat ini, hanya Jones sahaja yang beraksi cemerlang manakala Smalling dan Evans dilihat kerap melakukan kesilapan ketika di atas padang. Blackett pula masih di peringkat pembelajaran selepas dinaikkan dari skuad muda MU. 

Rojo yang mempunyai pengalaman diharap mampu untuk mengulangi kecemerlangan bekas pemain MU, Gabriel Heinze yang turut berasal dari Argentina. Gandingan Rojo dan Jones mungkin dapat membayangi gandingan Ferdinand-Vidic yang merupakan antara gandingan pertahanan yang cukup mantap bukan sahaja di England, malah di eropah.

Ander Herrera dan Luke Shaw sudahpun menampakkan sedikit kemampuan masing-masing dalam perlawanan pra-musim. Walaubagaimanapun, kecederaan yang menimpa mereka berdua merencatkan sedikit persiapan MU selain menambahkan senarai kecederaan pemain utama MU.

LVG nampaknya sudah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan MU seterusnya mendapatkan pemain-pemain baru yang dapat mempertingkatkan kemampuan MU secara satu pasukan. Jika dilihat secara keseluruhan, keenam-enam pemain baru MU meliputi semua bahagian iaitu pertahanan, tengah dan serangan kecuali di posisi penjaga gol.

Ini adalah barisan kemungkinan bagi kesebelasan utama MU:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan