Isnin, 10 Mac 2014

Review: MU vs West Bromwich Albion (BPL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 3
Jones 34'
Rooney 65'
Welbeck 82'

WEST BROMWICH ALBION 0



Pemain terbaik perlawanan:

RAFAEL DA SILVA


Kesebelasan utama MU:


Pertukaran pemain

Welbeck >> v. Persie
Kagawa >> Januzaj
Vidic >> Rafael

Ulasan perlawanan:

MU berjaya mengutip tiga mata penuh dari halaman lawan apabila mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas West Bromwich Albion (WBA). Tiga gol MU disumbangkan oleh Jones, Rooney dan Welbeck.

MU bermula sedikit perlahan pada separuh masa pertama walaupun mempunyai penguasaan bola yang tinggi. Ini adalah kerana permainan MU lebih terarah di kawasan tengah padang dan kurang melancarkan serangan yang benar-benar mengancam kubu WBA.

MU mengharapkan Mata, Rooney dan Januzaj untuk membantu RVP dalam merobek pertahanan kental WBA. Walaubagaimanapun, Mata dan Januzaj bergerak terlalu ke tepi dan menyebabkan Rooney terpaksa bekerja keras menghubungkan bahagian tengah dan serangan MU.

MU memperoleh gol pembukaan menerusi tandukan Jones yang menyambut sepakan percuma RVP. Gol tersebut menaikkan semangat pemain MU untuk terus berusaha menambahkan jaringan. Namun begitu, MU terpaksa berpuas hati dengan satu gol sahaja sebaik tamat separuh masa kedua.

Separuh masa kedua menyaksikan peningkatan dari segi permainan MU tetapi MU kerap melakukan kesilapan. RVP nyaris-nyaris dilayangkan kad merah apabila melakukan terjahan dua kali dalam tempoh masa yang singkat. Tetapi pengadil perlawanan tidak memberikan kad kuning kedua kepada RVP mungkin setelah mengambil kira keputusannya tidak mengarahkan penjaga gol WBA, Foster yang menyentuh bola di luar kotak penalti keluar padang.

DM membuat pertukaran dengan memasukkan Welbeck bagi menggantikan RVP dan ternyata keputusan tersebut menambahkan sengat MU di bahagian serangan. Kemasukkan Kagawa turut memberikan impak positif di mana permainan MU tampak lebih tersusun dan efektif.

Hasilnya, Rooney menyumbat gol kedua MU selepas menanduk masuk bola hantaran silang Rafael. Sebelum gol tersebut dijaringkan, MU menampilkan corak permainan menarik di mana Rooney bertukar-tukar hantaran dengan Kagawa. Rooney sekali lagi menjadi watak dalam penghasilan gol ketiga MU apabila membuat lorongan cantik kepada Welbeck yang kemudiannya tenang menewaskan Foster.

Kemenangan ke atas WBA membolehkan MU melonjak ke tangga keenam liga dengan berkongsi mata dengan Everton. Dengan Spurs mengalami kekalahan, jurang perbezaan MU dengan kelompok teratas semakin berkurangan dan MU perlu mengutip mata penuh semaksima mungkin bagi memastikan peluang beraksi di UCL terus terbuka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan