Selasa, 8 Januari 2013

Ballon d'Or and FIFPro World XI 2012


Lionel Messi telah diberikan anugerah Bola Emas ataupun lebih dikenali sebagai Ballon d'Or bagi mengiktiraf dirinya selaku pemain terbaik dunia pada tahun 2012. Anugerah tersebut merupakan yang keempat berturut-turut dimenangi oleh Messi selepas mengetepikan cabaran daripada Andres Iniesta dan Cristiano Ronaldo.

Boleh dikatakan bahawa salah satu faktor kemenangan Messi yang terbesar adalah keupayaan mencatatkan rekod selaku penjaring terbanyak dalam satu tahun di mana pada tahun 2012, Messi telah meledakkan 91 gol.

Jurulatih Sepanyol, Vicente Del Bosque telah menerima anugerah FIFA Coach of the Year. Ini adalah kerana Del Bosque  menjadi individu pertama membawa pasukan di bawah kendaliannya menjulang kejuaraan ternama dunia secara tiga kali berturut di mana Sepanyol telah memenangi Euro 2008, Piala Dunia 2010 dan Euro 2012.

Bagi kategori FIFPro World XI iaitu kesebelasan utama terbaik dunia, kesemuanya adalah pemain yang beraksi dalam La Liga. Real Madrid dan Barcelona masing-masing menyumbangkan lima pemain dan satu lagi slot diisikan oleh penyerang Atletico Madrid, Radamel Falcao.

Messi menerima anugerah Ballon d'Or



FIFPro World XI


Tiada ulasan:

Catat Ulasan